Masa ni Busu menghadiri International Conference on Teaching & Learning in Higher Education 2009. I teman dia kat The Legend sepanjang tarikh tersebut. Bagaikan puteri raja rasanya. Ha3 Poyo eh. Busu ada buat research mengenai 'A case study on Mathematics Anxiety for MAthematics for Finance Course'. I baca laporan dia. Surprisingly female students have more anxiety then male students. Menarik sungguh jadi lecturer ni. Busu I ni adalah seorang Finance Lecturer kat UiTM Segamat. Masa Isnin, 23/11/2009 ada opening ceremony. Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi datang merasmikan confrence tersebut. I join masa dinner ceremony ni. Dapat makan free, pastilah I pergi. Jumpalah ramai cendiakawan2 dari serata tempat. Ada dari dalam negara dan juga luar negara. Menurut Busu, rata2 yang datang ni adalah mereka yang buat presentation dan ada juga sebagai pemerhati. Boleh tahan juga kajian2 yang dibentangkan. Sekarang ni, Busu tengah buat kajian mengenai Forensic Accounting pula.
Bila tengok Busu macam ni, terfikir juga nak jadi pensyarah. ha3.. Tapi I rasa I bukanlah seorang yang berjiwa sabar, apatah lagi nak mengajar. ha3 Tapi Busu kata jadi pensyarah ni bukan macam keje dekat pejabat, masuk pukul 9 balik pukul 6. Jadi pensyarah ni, memang tak ada rehat. Habis mengajar, nak fikir banyak benda, dalam masa yang sama nak kena buat kajian juga.
Ntah.. ada ke hati I nak jadi pensyarah?
p/s: teringat kat Puan Ros!
No comments:
Post a Comment