Showing posts with label blah..blah. Show all posts
Showing posts with label blah..blah. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Hari ini dalam sejarah

Ingat lagi caption ni masa dulu2 kat TV 1. ha2. Tak tahu ada lagi ke tak, tapi ni I nak cerita sejarah hidup I. Selama 29 tahun, ini baru pertama kali I batuk2 sampai tak de suara. Ye ulang suara, saya TAK DE suara. Bukan serak2 basah tetapi langsung tak de suara. Kalau keluar pun suara tu, sangat teruk bunyi nya, suara nanny Fran pun lagi sedap. I terkejut tetapi rasa kelakar pun ada. Sepanjang hari (dari malam semalam) I kurang bercakap. Hanya bila perlu je. Tetapi memang sangat kelakar. Bila bercakap, gila lari pitching suara. Oh nasib I bukan penyanyi, kalau tak macam ne nak nyanyi lagu raya nanti ni? 

Dah 3 hari I selsema n batuk2. Sakit tekak jangan cakap lah. Ni puasa ni perit je tekak. Tapi alhamdullilah, segala urusan puasa I berjalan lancar. Just kurangkan bercakap, tu je. Mulut macam bertih jagung ni kalau tak bercakap sehari memang tak sah. Nasib kerja kat tempat baru, jadi memang aku belum tunjuk belang lagi kat sana. Tapi tempoh ahri berjumpa officemate lama, fuh bercakap sampai kering tekak. Kira sebulan lah dah lama aku tak exercise suara! ha2

Isnin ni I masih bekerja. Lepas buka puasa batu balik Melaka, kampung ibu. Duduk berapa lama kat sana aku tak pasti, tapi yang pasti nya aku nak balik Khamis! ha3.... Tengoklah keadaan selalunya nenek pasti ada plan nak jalan raya sampai ke Johor dan Pahang! Tahun ni aku tak beriya sangat nak beli baju raya. Baju raya tahun lepas yang aku baru pakai sekali masa wedding adik aku ni Terengganu masih ada. (Baju mahal beb, haruslah aku pakai) Just nak cari tudung dan blaus2 je. Ibu cakap, asyik pakai kemeja je, cubalah pakai blous. Baik lah. Anakanda usahakan...

Kepada semua sahabat, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Berhati2 di jalan raya ye! Jangan makan banyak2, watch your diet! 

 

Saturday, August 20, 2011

3 minggu

Yuuuhuuuu....Lama nya I tak update blog. Sorrylah. Sejak kerja kat tempat baru ni, banyak benda tak leh access. Semua kena monitor, banyak kamera ok! Pasal kerja nanti kite story. Apa khabar readers semua. Ada ke readers entah lah. I bukan blogger glamour pun. 

So far, pasal hal2 wedding dah settle. Just tunggu lepas raya, untuk buat payments untuk caterer, MUA+photog services. Kad memang dah siap. Raya ni dah start diedarkan dekat kampung dulu, balik nanti baru edar kat KL/Selangor. Ramai orang terkejut sebab preparation aku semua dah boleh dikatakan 75% siap. Gifts pun buat sendiri ok. Handmade. Sampai lecur jari jemari aku ni kena glue panas. Rasa dah penat buat gifts, aku buat cookies lak. Tu jelah kerja aku hujung minggu. Nak buat untuk 2,000 ko ingat senang? It's just a simple gift tapi yang penting satisfaction. 

Pasal nak raya, aku tak prepare ape2 lagi. Nanti aku blog pasal kuih raya dan preparation untuk raya ok!

Ini Ramadhan terakhir aku dgn family. Seboleh2nya aku memang balik buka puasa dengan semua orang. Kalau sempat aku singgah bazar tengok2 juadah yang berkenan di hati. Selalu aku beli kuih je. 5 ketul, 2 ringgit. Memang tak de beli apa2 sebab ibu n ayah dah sediakan semua. Aku just tanya menu apa hari ni. Basically simple je, sebab kami ni semua jenis tak makan banyak kecuali adik laki aku, HafriZ yang tinggi pintu! Dia makan macam raksasa. Giler penuh pinggan dia. Sampai ibu suruh dia guna pinggan besar!

MInggu kedua iftar, Man bawa kami pergi buka puasa dekat Istana Hotel. FREE ok! Ada orang kasi kat dia. So dia ajak aku n Fendi. Sorry tak de gambar sebab masa tu aku uzur, jadi aku tak rasa meriah buka puasa tu. BTW, memang banyak giler pilihan makanan, sampai aku rasa nak pecah perut. Padahal aku makan sikit je. Gatah lauk ok! Nasi langsung aku tak sentuh. Dessert tak sempat nak amik sebab aku dah kenyang tahap gaban. 

Ok, nanti aku story lagi ek.... aku nak buat kerja sikit... Tata

Friday, June 24, 2011

Meow Meow City



Can't wait for the FINAL trip as a bachelor before changing my status! The 1 year planned trip to Kuching, Sarawak with Rahman, Fendi & Rahman's female friend. Well originally Bob & Zarina was supposed to be in this trip but they backed off earlier this month. So the 3+1 of us will be holidaying for 4 days starting tomorrow! Tak sabar ok!

p/s: never been to Sarawak/ Sabah before!















Monday, June 13, 2011

Olive

Berkenan sangat2 dekat kain ni....


http://saphyrafashion.weebly.com/index.html

Tak sabar nak hantar dekat tailor.










Majlis Perkahwinan

Entry khas untuk weding reception yang aku attend sepanjang cuti sekolah. Ter-miss 2 wedding masa last week tapi ditebus balik dengan menghadiri beberapa majlis dalam tempoh satu hari.

Bermula pada 5 June. Wedding Kak Rasilah dekat Bandar Tun Razak, senior masa diploma dulu. Dah dia personally jemput aku, insya allah, aku cuba menghadirkan diri. Tiada aral melintang, jadi pergilah aku ke sana bertemu geng2 senior....



Emak2 orang kecuali aku! ha3

Lepas peluk cium, berlari pula kami ke wedding insurance agent aku, En Zai di rumah pengantin perempuan di Desa Pandan.

Candid. 

Hari Sabtu lepas, 11 June 2011, kitorg pergi ke Tanjung Karang, wedding cikgu sekolah menengah aku, Cik Nor Lezah.



Kepada Kak Ajan dan Eli, maaf aku tak dapat hadir masa wedding korang tu. Kepada semuanya, Tahniah dan semoga berkekalan ke akhir hayat!.






Wednesday, June 1, 2011

Situ Sana Sini

For the past 2 years, aku rasa aku cipta rekod pergi pameran2 berkaitan perkahwinan. Masa mula2 dulu sebab nak tengok2 lah cost2, rekaan2, tawaran2 yang ada. Tapi kali ni aku harap yang terakhir lah aku pergi sebab dah tak larat dan rambang mata ok tengok itu ini. Nasib baik sebab dah nak kahwin, kalau tak, tak de makna aku nak sibuk2 amik tahu bila pameran seterus nya. ha3

Semalam, aku harap untuk kali terakhir aku pergi Pameran Kerja Kahwin. Pergi ke sana dengan tujuan. Booking kad kahwin. Sebab ada promosi. Ha2 Tak banyak booth untuk kad jemputan. Tak silap ada 3 je. yang lain2 tu banyak booth untuk butik2 pengantin, perkhidmatan photographer, barang2 untuk door gift dan sebagainya. Yang penting butik Sharifah Kirana ada! Kali ni baju2nya more to muslimah design. (Sharifah Kirana ni dulu, cikgu seni aku. Tu yang beriya aku do sebut2 nama dia tu!)


Tengah jalan2, tengok2, usik2, rasa2, tiber terpandang koleksi baju2 dekat patung2 display tu. Sesiapa yang ada lemah semangat atau sakit jantung, sila sediakan ubat anda sebelum scroll ke bawah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Butik dari Kelantan....
Baju2 untuk pengapit sahaja range dari RM14,000-RM21,000. Bertuah badan pengapit!


Yang ni pun sama gak. Pekaian untuk pengapit dari kain tenun range RM1,100-2,040. Baju songket pengantin tu lak range dari RM5,900-RM8,500. Giler mahal. Nak pakai kejap je! Kalau yang simpan baju kahwin, korang rasa2 masa bila leh pakai eh? ha2



selingan...lapar nya!



Kembali...

Jalan2 kat Pameran, adalah beberapa idea mentol untuk bunga pahar nanti.


Daun getah...Cantik! Orang kampung den yang buek ni.





Ada juga pameran bilik tidur yang menggunakan perabot berukir.


dan.....


tak lupa juga koleksi baju tidur bermotifkan batik dan abstrak

MOTIF?


Contoh pelamin motif dalam hutan kot

Serabut aku tengok. I think the color combination makes me dizzy...

Sekitar majlis2 perkahwinan

Kampung Pengantin @ Setapak.... Payah giler cari tempat ni sebab simpang tu kat celah bedah!





Maaf gamabr pengantin cenggitu je. ha2 sebab aku pun tak kenal dia sangat. Anak jiran aku. 




Taman Layang2 kat MRR2




Pengantin yang merupakan junior aku di St Mary merangkap cousin aku

Adik aku si Nadiah Hot serbu tempat ni dulu!

Snack corner






Enhanced by Zemanta

Thursday, May 26, 2011

dot dot dot

Seminggu tak update apa2. Kira ok lagilah bulan April-May ni ada entry. Kalo dulu, tak de makna nya bila tengah sibuk closing. Lately aku SSANGAT sibuk. Menyesal tak sudah 3 companies bawah jagaan aku kena audit serentak. On top of that, foreign subsidiary aku yang telah di audit, ada pula queries and at the same time aku nak kena buat estimated income tax. Untuk tambah lagi 'warna' dalam kesibukkan tu, sistem project company pun nak kena testing. Lepas tu nak kena plan company trip! Sampai satu tahap aku ada insomnia, aku letih dan penat tapi aku tak mampu nak tido. Teringat zaman aku jadi auditor. Tiap2 malam aku mimpi aku dah settlekan outstanding. Kalo dah tahap sampai mimpi pasal kerja, aku decided untuk resigned dari jadi auditor. 
Sebulan ni memang setiap hari aku balik pukul 8 mlm, even termasuk hari JUMAAT. Sabtu pun kerja tapi tengok keadaan. 

Jadi bila lately pun aku mengalami keadaan yang sama semasa jadi auditor, aku jadi takut. Adakah aku perlu tukar kerja lain? Ke aku ni kurang organized? Tulah... aku pun tak jumpa jawapan. Menambah lagi keletihan otak apabila boss aku suka ikut cara2 dia bila nak present accounts. Memandangkan aku ni diperli sebagai 'chartered accountant yang tak pernah kasi advise kat bosses' kekadang tu bikin hati aku geram. Ni sekarang bila aku tak setuju dengan permintaan diorg, aku TERPAKSA refer balik dekat standards dan aku akan memberi hujah untuk menegakkan kebenaran. Ini terjadi bila bosses kite pun bukan accountant dan aku ni kekadang jadi clueless nak accomodate diorg punya request. Tapi bagus gak, bila berhujah menunjukkan aku ni 'not bad at all' with my FRS (ni accounting standards lah). 

Ada banyak yang tertunggak aku nak update, tapi tiada kelapangan. Aku rasa IE aku ni dah tak kasi aku buka blog kot. Dah berapa kali aku cuba log in, tapi tak boleh masuk blogspot. Aku kena use cara panjang, iaitu pergi google type blogger, click kat link then baru leh masuk. Mula2 aku ingat blog aku kena blocked!

Oh update sikit pasal wed.prep. Basically, barang2 hantaran dah 80% beli. Nanti nak finalized agreement dengan MUA & photographer. Lepas tu tunggu caterer call untuk set appointment and food testing. Hujung minggu ni nak pergi beli kain/baju2 untuk family aku. Belum finalized door gift sebab macam ramai nak sponsor tapi aku segan nak confirm. Ni minggu ni sampai minggu depan ada PROMOSI KERJA KAHWIN dekat Kompleks Kraf Jalan Conlay, akan aku heret ibu dan bakal suami ke sana sebab nak tengok manalah tahu ada good bargain. Kad pun belum finalized lagi. HIV test amik before puasa. Apa lagi? Entah! ha3

Till then....

Wednesday, May 18, 2011

McD: Buy 1 Free 1 valid for TODAY only!



Nah free voucher untuk korang semua. Panjang giler queue kat McD. Biasalah good bargain. I will get mine afterwards! 

Monday, May 16, 2011

Komen

Kan awal bulan hari tu aku fly ke Singapore atas urusan kerja. 4 hari lah aku kat sana. Tensi, aku ingat nak stay over the weekend, tapi boss lak sibuk nak ikut aku balik. jadi cancel lah plan tu. Pengalaman setiap kali aku naik  FireFly memang tak pernah nya manis. Selalu je delay. Tak pernah ON TIME! Dah biasa dah. Memang aku expected pasti delay pada kali ni. ha3 betul! Memang masin mulut.

Masa fly balik pun flight aku delay 1 jam. mmm entah! No comment. Tapi masa dalam flight (aku bayar seat aku), I was given an iPod to answer some questionnaire. Apa lagi, ada satu part untuk comment, aku comment baik punya!


Bukan menghentam tapi aku rasa sebab ramai orang yang naik FF ni lagi2 professional yang terpaksa lari2 ke Singapore dan sebagainya... You know time is precious. Kalau tak cukup kakitangan, jangan lah buat flight tu terlampau kerap. Aku pun tak sakit hati kalau pilih flight pukul 9am tapi ditunda ke 12pm, atau pilih flight pukul 11am tapi ditunda pukul 12pm atau pilih flight pukul 7am tapi ditunda ke 720am. Gitulah..... Melalui pengalaman ye!






Saturday, May 14, 2011

P.a.n.i.k


Panik giler semalam aku tak leh log in into my blog. Aku ingat blog aku kena hack or something... Beria semalam dok berapa kali aku try nak log in sebab nak update blog. Bila hari ni check, blog sudah kembali pulih...Tapi aku tak ingat apa benda sebenarnya aku nak tulis! ha3 Entry2 aku nak update semua ada dalam thumb drive, tertinggal kat office lah pulak! Tak pelah. Bila senang aku update lagi lah!

Sapa2 kaki shopping, SOGO ada members' day sale. Pergilah..Aku dah pergi tengok2 je tapi ada dalh grab 2 helai t-shirt. Murah giler! Macam 3 helai 10 ringgit gitu. Tapi tak lah kat sale tu ada offer macam tu. ha3


p/s: hari ni aku tgk citer The Secret Garden....



















Thursday, May 12, 2011

Thankful Thursday

Tak de pun orang buat entry pasal Thursday. Selalu kat dashboard aku, ramai orang update blog title WORDLESS WEDNESDAY. Di sini, aku nak create fenomena. Tapi tak tahu lah ada ke orang akan ikut. ha3 macam glemer lak aku ni

What a terrific day. Cuaca kat luar macam mendung2. 2-3 hari ni kan panas terik berbahang. Harap2 hujan. Jerebu dah kembali. Oh... harap2 sistem imunisasi badan aku ni kebal lah. Sakit pada waktu jerebu memang susah nak baik. Lagi2 aku harap sangat tak kena migraine! Hari ni aku dan officemate semua nak buat jahat. Bosses semua tak de, jadi kami nak balik pukul 5.30. ha3 Tak tahulah jadi ke tak. Selalunya kalau nak buat benda jahat ni, memang tak pernah jadi. ha3 Last week pada hari ini aku ada kat Singapore. Masa tu waktu macam ni juga, hujan lebat! 

Ni aku nak blog pasal aku main masak2. Mula2 buat Chicken Pie dan aku cuba buat Muffin ala Bai Roti. Sejak2 ni passion nak cuba2 buat kek/resipi memang membuak2. Cuma Vitamin M je yang selalu menyelubungi diri dan kekadang $$ tak cukup nak beli bahan2 yang begitu exotik! ha2 Tapi yang kelakar nya, aku tak master chef lagi untuk memasak lauk2 untuk kasi bakal suami aku makan. Aku pun macam dah lama tak masak lauk2 ni. Takat goreng ikan/ayam tu biasa jelah nak kasi adik2 aku makan. Nanti dah kahwin, aku gerenti laki aku akan makan kat rumah mama sebelum pulang ke rumah kalo cenggini gaya aku masak! ha3 Takkan aku nak buat kek setiap hari kot! ha3

Tapi minta maaf lah chicken pie aku hangus. Masa tu Ibu baru je beli oven baru! Kalau ikut resipi kena bakar selama 10min, aku tgk pie aku mcm tak kembang lagi. Jadi aku tambah lagi 10 min. Sekali hamik ko! Hangus! ha2 Nasib baik rumah aku tak de smoke detector. Mau taknya berbunyi alarm sebab ada asap kat dapur! ha3


Masa ni testing bakar 3 dulu. Ni tak cukup pastry sebab original recipe tak pakai foil tu. Aku lenyek2 pastry, tapi tak nak lekat. Jadi aku bantai jelah buat macam2 pattern! 

Bahan2

Last batch.
Nilah Chicken Pie yang hangus tu sampai berasap dapur! 

Kali ni aku cuba buat muffin lak. Kelakar! Sebab muffin aku sangat cute!


Batch pertama...Yang ni without chocolate chips.

This is the few final batches. With Chocolate chips. Much better!
Nak lah kasi si dia sikit. Tapi tak sempat sejuk, semua dah dibaham! Penat tol kalau macam ni. Tak leh berniaga tau! Tak sempat nak jual dha masuk mulut! Btw, komen2 dari juri2 (adik2 aku lah) semua cakap sedap! Jadi boleh lah aku buat lagi! 


Friday, May 6, 2011

Back to KL!

Sorry for the lack updates. baru tak lah baru pun adalah dalam 2 jam setengah je touch down dari kota singa  sekarang kat office sebab kejap lagi ada meeting. aku tak tahu nak start kerja mana satu ni. pening ok! tak cukup tido. biasalah aku ni kalo mengembara eceh memang cepat restless sebab susah nak sesuaikan diri dekat tempat baru. 4 hari pun masih belum boleh adapt pada surroundings.
Oklah..nak get ready untuk kena hentam, dihentam dan terhentam.

p/s: stress!
p/s/s: wah ada benda baru eh kat blog layout ni....

Tuesday, April 26, 2011

Aiman-Big Apple-Passport

Ye...cerpen bersiri 3 dalam satu. tajuk buku bila ilham datang dari naimatul rais.

Cerpen pertama - Aiman tak kisah

Ni cerita pasal aiman. Aiman ni anak kepada my bestie cum wedding planner, ammy mulia. Aiman anak kedua. kakak aiman, balqis kenal aku sebagai auntie ima. asal aku datang je, balqis akan panggil aku mcm parrot baru belajar cakap. lepas tu balqis ni kekadang confuse, dia akan panggil aku kakak! ai terasa muda seketika. ha3

Bila aiman lahir, balqis sedikit merajuk. yelah sebab mama & baba ada anak baru. kelakar. bila aku ugut nak bawa balik aiman, dia tak kasi. masa mula2 aku tengok aiman dalam buai dan nak pegang aiman, balqis marah. cet!

Lately aku kerap lepak rumah ammy bila bosan atau bila hairy ada futsal. Last week, 2 hari berturut2 aku lepak rumah ammy. ha3 sampai naik segan aku. aku turut menyumbang menjaga aiman. aiman ni suka orang 'berborak' dengan dia. letih ok nak borak dengan dia. satu perkataan je dia pandai sebut tapi boleh dipelbagaikan dengan pelbagai gaya. Paling tak tahan kalau aiman gelak. ooohh sangat cute!

Bila balik aku cite kat bakal suami. aku cakap, lenguh tangan nak dukung aiman. penat nak melayan aiman, tapi aiman sangat cute. aiman lagi suka kalau ada orang melayan dia, pengang dia, pasti dia akan gelak2 yang mencuit hati. Persamaan 2 beradik ni adalah setiap kali tengah menyusu badan, bila aku bersuara pasti mereka akan toleh cari aku! ha3 dari balqis ke aiman. sampai ditarik nya puting ammy mencari aku! ha3 sebenarnya aku excited nak ada anak sendiri. he3




Cerpen 2 - Big Apple

Ni kejadian berlaku di Terminal 3 Subang Airport. Aku ke sana sebab masa aku lawat website imigresen, katenya ada cawangan di Terminal 3. Sampai ke sana aku pergi sebab aku malas nak bersesak2 di Pusat Bandar Damansara, walaupun dekat dengan aku. Sampai sana, aku tanya kaunter pertanyaan, rupanya nan ado. sudah pindah. La... tapi dalam website masih tertera cawangan ni terminal 3.


Yang paling dekat di kelana jaya. ketenya dekat glomac... nampak macam kat seberang jalan je, tapi rupanya kena masuk ldp nak ke sana....

Driver lak dah buat pusingan jadi aku kena tunggu dia. Sementara aku tunggu tu, aku beli lah setengah dozen donut. The best part was aku dapat discount....


Airport staff discount sebab kebetulan aku tengah pakai office tag aku! ha3 Kelakar. Aku macam terkejut siap minta resit asal murah sangat. Apa2 pun terima kasih lah ye....


Cerpen 3 - Passport

jadi bila driver sampai aku ajak dia cari jabatan imigresen cawangan subang...Rupanya kena keluar ldp menghala ke Damansara masuk kat kiri opposite Yamaha Music dekat shell! Kalau dari NKVE exit Subang tu nampak macam dekat sebelah je! Sebab tak tahu kan. Sangat berpuas hati sebab TAK RAMAI ORANG! Masih kena menunggu sejam untuk ambil passport yang sudah siap. But actually tak sampai sejam pun. Aku masukkan resit dalam kotak before 1 hour processing. Memang dah siap lama!



Baru & Lama


Baru-menyesal kasi gambar ni...GELAP jadinya!

I prefer the old photo!


Monday, April 25, 2011

Too many words

lama menyepi. kesibukan. bila tiba bulan april, aku kerja bagai sotong kurita atau lari tak cukup tanah. sebab tengah year end-closing accountssss. plural. ada banyak ok! minggu depan aku fly pergi kota aummmm singa sebab auditor nak conduct audit kat office sana.

tadi aku ada update blog pasal aku suka lagu I DO. aku sukerrrrrrrrr sangat. mmmm dah lama tak pergi test suara. tengok lah kalau ada masa. selalunya memang tak de masa. ha3

wei, kekecewaan berlaku bila aku dapat tahu prince william dah nak kahwin. nasib baik aku pun dah berpunya, so tak lah frust tertonggek mengenangkan cinta tak berbalas. ha3 aku ingat lagi masa sekolah2 dulu, ramai budak pompuan suka sangat dengan prince william ni. aku masih ingat, masa tu umur aku 14tahun,  internet baru diperkenalkan, masa tu kan pakai dial up 1515, asal ko online je, phone rumah engage! ha3. dulu tak de google. yang aku tahu, ada search engine ni, selalu aku pakai, selalu search pasal prince william. hahahaha, siap print gambar si putera raja tu then balut buku selit kan lah gambar crush aku ni! ha3. bila cikgu bosan je mengajar, aku dok tenung koleksi gambar2 si putera raja tu kat cover buku aku.

apa je majalah ada pasal si will pasti aku beli. ada poster lagi aku suka! ha3. korang mesti fikir aku tampal poster kat bilik kan? oh tidak. aku simpan ok. tengok tiap2 hari bosan. so bila windu je, buka majalah tu, belek muka si kacak. ha3senget betul aku masa tu. lagi best masa mak si will ni meninggal. aku dengan ibu dok depan tv (masa tu kami subscribe mega tv) tengok upacara pengkebumian princess di. the best part siap ada linangan air mata ok! dari zohor sampai nak ke maghrib upacara tu! asal break je, cepat2 lah buat apa yang patut! masa tu aku n ibu je conquer tv! tak leh tukar channel langsung! ha3

wedding si will jumaat ni. tension. macam ne nak tengok. aku kat office. memang office tak restrict mana2 website kitorg nak masuk, tapi aku macam segan lah pulak. tengoklah mood boss aku. kalo angin monsun ok, boleh lah aku tengok. kalo tak, idok lah berani aku nak tengok.

eh jap, aku sebenarnya lupa nak cecite pasal apa..... oh ye. 
dah ingat. 
yang atas ni mukadimah je. 
tujuan sebenar aku tulis ni sekadar peringatan. 
.
.
.
.
.
.
wei korang dah file income tax lom!?

ingat dateline 30/4/2011. 
sesiapa nak buat online, yang tak de no. pin, just call them up! even though dalam website cakap last date 20/4/2011 untuk dapatkan nombor pin. 
buat thru online sangat mudah ok! 

tuan punya badan dah submit dah. tengah tunggu refund je!




Tuesday, April 5, 2011

Bila perut ku buat hal....

Dah lama tak rasa perut meragam macam ni. Bukan gastrik, tapi ni lah dia baby tua alah pada susu. Actually to be exact, I am lactose intolerence. Bila minum je, pasti setengah jam lepas tu, mula lah perut mula meragam. Dari dulu aku musykil bila setiap kali minum susu, pasti perut meragam. Kalau korang nak tahu meragam macam ne, macam ko silap makan, lepas tu cirit birit tak henti2. Macam ni lah aku rasa setiap kali minum susu. Tak kira lah makan dengan Honey Star ke, cicah dengan Oreo ke, pasti perut akan meragam.

Aku perasan aku ni lactose intolerence ni dah lama. Tapi aku buat tak tahu jelah kan. Tapi macam ne lah aku nak kuatkan tulang kalau asal minum je aku tercirit. (Sejak usia dah nak menjangkau 30 ni sibuk nak minum susu) Aku pernah tanya ibu adakah aku ni ada allergy terhadap dairy product. Ibu cakap tak de. Jadi memang sahlah aku ni lactose intolerence. Aku google to find info. FYI, tu pasal aku kureng minum susu sebab masalah perut. Aku tak faham penerangan dari wikipedia. Tapi journal ni helps me alot.

Tapi kesian lak kat babies yang Milk Allergy. Kena minum soy milk. Tu lagi parah!















Wednesday, March 30, 2011

It's Wednesday

Aku rasa lately ramai betul blogger buat Wordless Wednesday. Aku tak pernah buat lagi sebab aku rasa macam bosan je. ha3. Jadi hari ni aku pilih untuk update blog. Rasa lama gak. Maaf sibuk sebab dah nak year end. Closing bagai naik giler. Sebab bulan 6 (eh masih di sini kah) aku ada single party walaupun ada jantanz yang ikut. Percutian ditaja ok! I terharu. I lap you guys!

Lately banyak benda berlaku. Aku tak de feel nak upload gambar and elaborate about it. Nanti lah. Aku pun tengah sibuk dok cari catering for my wedding. Dah 2 minggu aku dok tunggu quotation dari catering ni. Aku dah naik risau. Yang lain2 tu, macam multitasking. Sambil kerja/makan/buang air/dok tgk tv(nan ado)/termenung, ada je pasal kahwin dicelahbedahkan. Yelah uols. Sekarang dah nak masuk bulan 4. Lagi 7 bulan je lagi ok! Bakal suami baru realize. Aku ingat selama ni dia rileks je. Rupanya dia yang dok kira2 pakai jari hari tu! ha3 Nanti aku citelah lagi ok.

Hari ni aku nak blog pasal statement2 kelakar yang spontan.

Situasi pertama
Almaklumlah, semua sekarang sibuk ber-bb lah ber-iphone lah. Most of my geng pakai BB, so diorg pun suruh aku tukar BB supaya leh BBM. One thing about me, I am not so into technologies. Selagi boleh pakai tepon buruk tu, aku pakai lah sampai masuk air. Jadi bila kawan2 dah ada BB, semua dok exchange BB pin no. Bila ada je kawan terbaru beli BB, dalam email yang link panjang lebar pun leh mencelah pasal BB pin no. (padahal bukan pun pasal topik BB pin no.) Aku kalo orang dah tiber tukar topik, aku senyap jelah kan. Tapi ada satu incident tu, topik lain, tiber ada mencelah pasal BB pin. Dok lah exchange2 kan. Last2 aku mencelah (setelah link menjadi begitu panjang), "pin no ATM aku ******".
------------------------------
Situasi kedua
Pagi tadi bakal suami sms,"U, jackie chan da mati, betul ke?"

Aku tergelak baca sms si dia. Ada ke patut dia tanya aku benda tu. Aku jawab, "tak lah tu semua prank. ramai artis dah kena"

OK, knowing him, dia tak lah begitu concern about artists, tapi bila dia tanya, aku terkejut lah. Boleh tahan juga antena gosip artis si dia tu!
------------------------------
Situasi ketiga
Selagi belum nikah, aku masih CIK! This is serious matter. Tapi korang tahu jelah liaise dengan government agency, kebanyakkan urusan rasmi memang akan menggunakan kata ganti diri PUAN.

Sedih, kebanyakkan surat2 dari mereka attention to PUAN Naimatul!
------------------------------



Wednesday, March 23, 2011

Entah apa-apa

Korang caya tak aku jarang baca surat khabar sejak kes Anuar Ibrahim in 1999? Kalau aku baca pun, aku akan skip part2 berita utama. Aku akan baca berita2 yang kurang sensasi macam accident ke, si polan saman si polan ke, pasal biz/market dan paling menarik kartun! ha2 Aku jarang baca surat khabar melayu sebab entah lah. Melampau2 lak cerita. Ada suratkhabar yang pro kerajaan, intipati pun semuanya pasal betapa HEBATnya diorg. BOSAN ok! Ada pulak surat khabar melayu yang bergosip je memanjang. Hei, tu lagi bosan. Ada aku kesah ke senah oit? Ada juga surat khabar yang merepek je aku tengok.

Tapi sekarang kan zaman moden. Tak baca suratkhabar pun boleh tahu banyak benda. Pasti ada je antara kawan2 yang CNN akan forward keratan2 akhbar dalam email. Lagi satu perkembangan aku tahu melalui radio. Pagi2 pergi kerja, dengar radio. Balik kerja dengar radio. Waktu kerja pun dengar radio. Kalo tak pasang, aku rasa macam bosan sungguh. Station2 radio pun sekarang dah tak macam dulu. DJ2 pun dah jadi selebriti. Kaya raya lak tu!

Jadi setiap hari aku dengar berita, banyak lah aku tahu, pasal Tsunami/Gempak Bumi kat Jepun, jumlah kematian dah 10,000 orang. Diorg dah pasang lampu kat tempat nuklear tu! Advance kan? ha3 Tapi paling menyampah sekali aku tak tahan pasal kat Libya tu. Dah berbulan2 lama dah. Yang aku tak faham, apa ke bodoh sangat seorang menteri boleh memusnahkan negara dia sendiri sebab pembangkang nak dia berhenti dari mentadbir? Aku ada lah buat research pasal Libya ni. Ada juga kawan blogger yang cerita keindahan Libya ni. Libya ni ada banyak historical monument. Banyak kesan2 peninggalan sejarah kat sana. Libya ni pun cantik! Negara pengeluar minyak. Pagi tadi aku dengar mungkin RON 95 akan naik harga sebab masalah kat Libya.

Mau aku tak bengang!

Yang aku tak tahan tiber2 ada lak troop dari US (seperti biasa lah, menyibuk je kan). Ni membuatkan aku membuak2 nak jadi perdana menteri ni! (eh ni memang cita2 aku ok! Tapi sebab aku malas nak belajar sejarah, aku pendam kan saje). Apo lak eko buat kek sano wei! Asal ada peperangan je, eko sebuk! Lepas tu bom sana sini. Masalah DUNIA ni! Bukan benda main2.

Ni lah bila orang dah giler kuasa, sampai lupa segalanya. Dah rakyat memberontak, yang ko nak serang2 balik nape? Tu rakyat ko juga. Tu negara ko juga. Lagi yang nak buat aku marah bila impact harga minyak mentah dunia! Minyak naik, living cost naik, semua barang mahal, tapi gaji tak naik setimpal! (pasal gaji ni episode akan datang)

*tiber aku meroyan*







Tuesday, March 15, 2011

Mencelah

Kebetulan cuti sekolah jalan pun tak jem. Tapi aku kuar awal gak, sebab jalan2 jem ni sukar nak di predict. Sekejap ok sekejap tak ok. Nyampah. Kalau tak jem, 30min leh sampai office (sampai ke tempat duduk ok!). kalau jem, 45minit ke 1 jam, kekadang tu 2 jam paling lama cipta rekod 3 jam!

Tapi bila aku sampai office awal, kasi lah aku chance nak sarapan dengan tenang, tarik nafas (sebab jalan dari parking ke office), panaskan kerusi, on pc, check email/fb, baca online paper etc.... Tapi, aku tak faham, asal dia nampak muka aku je, pasti dia nak tanya macam2. PC aku pun tengah running nak masuk windows, macam2 soalan bertubi2 dia tanya. Aku pelik. Memang spoil mood giler. Kekadang tu aku tak leh nak ingat sangat benda2 dia tanya tu, aku kena glance through baru leh jawab.

Hei nasib badan. Esok aku datang aku nak terus sorok bawah meja. Pukul 9 tepat baru aku tunjuk muka! ha3

Google Image

Note: My prayer goes out to everyone in Japan.


Tuesday, March 8, 2011

Tuesday

An apple a day keeps the doctor away.


Well, I only ate the apple on Sunday, and today I am sick. How is that? Malam semalam berselubung bagai, terasa badan ni panas. Selsema lepas tu cepat rasa letih je. Pagi ni rasa OK sikit, tapi bila tengah hari baru terasa badan panas lagi. Letih ni.

Kalau tak sihat gak, I pergilah jumpa doktor.Urghhhh I hate going to the clinic!

p/s: kelakar, I senyap kat office pun orang risau!

Wednesday, March 2, 2011

Pelbagai Cerita

Korang suka makan cotton candy tak?


Ni masa THAT DAY of the month, I memang selalu craving benda pelik2. Paling best only on that particular one day (tak kira lah hari ke berapa) pasti teringin nak makan benda2 manis. I pernah makan lolipop yang besar tu sampai sakit kepala (I rasa sugar content dalam darah pasti sangat tinggi). Jadi I tukar ke cotton candy. I can finish this whole normal size cotton candy by myself. Nadiah, my sister selalu cakap, "huish nampak sedap je candy tu." I dengan muka stone, buat pekak. Ha2 Boleh lagi comment even though buat pekak, "Mana boleh. Ko selalu g kedai beli gula2, aku punya gak ko nak!" Kedekut betul kan! ha3. Tapi perangai2 pelik ni hanya berlaku sekiranya KEINGINAN yang memuncak ingin benda pelik2.

------------

Sebelum & Selepas

Sebelum & Selepas
Credit to my official MUA for my wedding nanti. Eh... I memang dah pakai khidmat Kak Ayu ni sejak beberapa tahun lepas masa wedding Kin dan few makeup untuk dinner function. Kak Ayu memang tahu selok belok kulit muka I yang kekadang sangat sensitive terhadap barang2 makeup. Tiber makeup bagai sebab masa ni kami ada photoshoot untuk biz portfolio kami. Ni pun ala kadar je tau. Just touch up. Agaknya kalau jadi pengantin, macam ne ghope ku! ha3

MOH masa wedding Kin.


----------------

Birthday

Office tradition celebrate birthday staffs. Selama 4 tahun I kerja sini, I sibuk organize birthday untuk orang. The day before my birthday, I beritahu Su, tolong organize birthday aku. Kesian kat aku. ha3 Konon nya nak surprise kan I lah. But it was very obvious nak surprise kan I. Siap cakap kuat2 untuk arrange surprise. Sedap juga kek yang diorg pilih. Pernah satu tahun tu, I organized my own birthday! Malu kan!




Dapat hadiah kain dari Budak gigi besi. Very the pelangi uols! Tapi I lupa nak amik gambar kain, tunjuk hadiah je lah ye.....



Malam, pergi dinner dengan si dia. Tak ambil gambar sebab tak terfikir nak ambil. Kami pergi makan kat Williams. Ok menyesal. Semua portion size untuk orang kuat makan. Order lamb chop ada 6 ketul mampu makan 3 ketul. (si dia lah tukang habiskan) Air pun gelas besar. Boleh share 2 orang ok!

----------------




Enhanced by Zemanta