Sebulan ni memang setiap hari aku balik pukul 8 mlm, even termasuk hari JUMAAT. Sabtu pun kerja tapi tengok keadaan.
Jadi bila lately pun aku mengalami keadaan yang sama semasa jadi auditor, aku jadi takut. Adakah aku perlu tukar kerja lain? Ke aku ni kurang organized? Tulah... aku pun tak jumpa jawapan. Menambah lagi keletihan otak apabila boss aku suka ikut cara2 dia bila nak present accounts. Memandangkan aku ni diperli sebagai 'chartered accountant yang tak pernah kasi advise kat bosses' kekadang tu bikin hati aku geram. Ni sekarang bila aku tak setuju dengan permintaan diorg, aku TERPAKSA refer balik dekat standards dan aku akan memberi hujah untuk menegakkan kebenaran. Ini terjadi bila bosses kite pun bukan accountant dan aku ni kekadang jadi clueless nak accomodate diorg punya request. Tapi bagus gak, bila berhujah menunjukkan aku ni 'not bad at all' with my FRS (ni accounting standards lah).
Ada banyak yang tertunggak aku nak update, tapi tiada kelapangan. Aku rasa IE aku ni dah tak kasi aku buka blog kot. Dah berapa kali aku cuba log in, tapi tak boleh masuk blogspot. Aku kena use cara panjang, iaitu pergi google type blogger, click kat link then baru leh masuk. Mula2 aku ingat blog aku kena blocked!
Oh update sikit pasal wed.prep. Basically, barang2 hantaran dah 80% beli. Nanti nak finalized agreement dengan MUA & photographer. Lepas tu tunggu caterer call untuk set appointment and food testing. Hujung minggu ni nak pergi beli kain/baju2 untuk family aku. Belum finalized door gift sebab macam ramai nak sponsor tapi aku segan nak confirm. Ni minggu ni sampai minggu depan ada PROMOSI KERJA KAHWIN dekat Kompleks Kraf Jalan Conlay, akan aku heret ibu dan bakal suami ke sana sebab nak tengok manalah tahu ada good bargain. Kad pun belum finalized lagi. HIV test amik before puasa. Apa lagi? Entah! ha3
Till then....

