Sunday, September 11, 2011

Sakit lagi

Aku masih lagi sakit. Kalau dikira dah sebulan lebih. Puncak kesakitan adalah minggu ni. Puncanya melalui virus selsema yang tiba2 saja menyerang dan diikuti dengan demam dan sengal2 sendi. Mata pun sampai berair, batuk bertukar menjadi lebih teruk sampai tahap aku sukar nak bernafas kerana tersedut kahak sendiri ketika batuk bertalu2 dan yang lebih memeritkan apabila suara ku sudah menjadi begitu ROCK/sengau dan kandangkala sukar untuk bercakap sebab dah takde suara dan aku rasakan suara aku sesedap suara Pink ketika menyanyikan lagu I Don't Believe You (aku dah test masa tengah sengau ni)

Sampai satu tahap aku ingat aku dah terseksa batin sebab terpaksa menanggung sakit berminggu-minggu. Asal pulih je aku jatuh sakit kembali. Kali ni doktor kasi aku antibiotik, last resort kepada semua permasalahan. Nampak gaya macam tak de tanda untuk pulih. Dalam 2 hari lagi habis lah ubat tu.

Tak pernah aku sakit begini. Ubat adalah peneman aku buat tika ini. Janganlah aku kena migraine. Ada satu hari tu aku tulis di wall FB aku mengenai penderitaan aku. Ramai kawan2 yang begitu prihatin.
Bila dah sakit, nak buat urusan perkahwinan pun aku takde mood. Aku cepat letih, tak boleh panas kalau tidak aku akan batuk, dan tak boleh sejuk sebab hidung aku akan tersumbat dan akan memaksa aku bernafas melalui mulut dan akan membuatkan tekak kering secara tak langsung memeritkan tekak ku yang memang sedang mengalami inflamation.

Apakah yang sedang berlaku kepada diriku? Doakan untuk aku supaya aku pulih seperti sediakala. Aku pun dah tak seceria dulu, lebih banyak menyendiri sebab takut orang geli tengok hingus ku tiba2 meleleh atau takut terhadap batuk ku yang tak henti2.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 2, 2011

Pengganti lemang/rendang/ketupat/etc


Tu dia.... Isnin hari tu aku demam teruk. Sampai tak leh tidur malam sebab kepala sakit sangat. Aku suspect aku sakit gigi sampai tangkap kat kepala. Mula2 pagi2 buta aku pergi jumpa doktor. Klinik panel kat Sg Buloh tutup jadi aku pergi yang dekat Sri Damansara. Dah lah hujan renyai pagi tu. Doktor kate aku demam. Tapi aku tak rasa badan ku demam. Muka bengkak, doktor kate sinus teruk. Batuk2 berkahak--doktor tanya warna apa, aku cakap tak tahu, tp yang pasti aku batuk2 sampai muntah. (tahun ni aku kena ganti puasa lebih 2 hari sebab kesihatan tidak begitu mengizinkan)

Lepas jumpa doktor, aku pergi dentist. Tempat aku selalu pergi tu tutup. Jadi terpaksa cari yang mana buka. Ada satu, dentist mahal. Giler lama nak kena tunggu sebab dentist tu hanya terima appointments je, tapi sebab aku buat muka kesian separuh bengkak, dia kasi slot. Rupanya ramai gak yang walk in on that day. Gara2 sakit gigi dan dentist biasa semua tutup. Jumpa dentist, dia check gigi geraham ada lubang baru. Aku cakap aku sakit kepala, makan ubat pun tak baik. Dentist cakap, gigi tu berlubang dan kena nerve aku sebab keliling gusi semua bengkak. Dia tak leh tampal or buat apa2 jadi untuk raya, dia kasi taruk ubat yang boleh tahan seminggu dan kasi aku 2 jenis antibiotik dan ubat tahan sakit. Masa dentist drill gigi yang rosak tu, memang ngilu tahap gaban. Aku rasa bergegar otak sebab tak tahan ke-nyiluaan tersebut. Dentist tu dok rekomen bius. Aku cakap tak pe, boleh tahan lagi..... tuptup ko tahu berapa aku kena charge? RM 84 just tampal ubat!!!!!!! Tu dentist siap rekomen kate ada tampalan yang tercabut nak tampal baru, aku cakap tak pe..... Nasib aku tak minta bius, mau aku laloq smp raya!

Jadi kesimpulan masa raya, memang aku tak rancak sangat. Dengan selsema, batuk, sakit gigi..... Tidur malam, mak cik aku cakap aku macam semput. Yup doktor pun kate kahak aku banyak sampai aku bernafas pun wheezing. Kesian kan. Aku lenguh ok kunyah sebelah mulut je, sebab aku takut tampalan ubat tu tercabut dan aku yang akan terseksa kalo gigi tu sakit masa cuti!!!!

Alhamdullilah aku dah kebah demam dan selsema, cuma batuk je belum lagi. Gigi pun dah ok sebab kepala aku dah tak sakit.

Nanti aku upload gambar2 raya ok. Raya kali ni merupakan raya terakhir aku sebagai anak bujang. Eceh.... malu seh.. nanti aku cerita what happened during raya......



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.