Uols, ramai betul orang dok tanya I macam ne nak buat Nachos! Uols, senang ok! Memang I pun suka buat kalo ada bahan. Kalau nak fefeling diva, ada RM30 pergi je kat Chili's! Order satu Classic Nachos ko makan lah sampai lebam! ha3. Ekceli kalau uols buat je pun senang!
I tulis entry ni, I dah mengeliur ok! Semua salah uols! YOU!!!! Jom g Chili's!
Mula2 I tunjuk macam ne rupa Nachos kat kedai and nachos resipi main campak2 je.
| From Nachos Nachos Restaurant. The one in Giant Kota Damansara dah TUTUP! |
| Classic Nachos with Chicken and guacamole dip (the green thing) at Chili's |
1. TORTILLA CHIPS aka corn tortilla
2. CHEESE
Tortillas
Ada banyak brand. Tak kisah lah kak oi nak pilih brand apa. Asalkan TORTILLAS CHIPs.
![]() |
| N lah rupa tortillas. Keropok tiga segi. |
![]() |
| Ni instant punya! |
Cheese
Ni ingredient MAHAL! Uols beli je yang dah siap grated punya. Tak yah beli sebuku cheese. FYI, 200gm cheese ada pelbagai harga sebab ikut brand. Ala uols. Cheese je kan. I tgk yang paling murah pun RM10 for 200gm! Tapi uols, bukan sebarang cheese nak buat Nachos ni. Uols kena pilih Cheddar cheese. Ada Montery Jack pun ok (optional)! (mix lah 2 cheeses ni) Tapi uols, Montery Jack ni SANGAT mahal! Jadi Cheddar pun mencukupi! Kalo ada cheese untuk pizza pun boleh je pakai. U know mix kan lah. The more you tabur, the SEDAP!
OK I dah cerita bahan2 penting. Bahan2 sampingan tu, kalo tak leh taruk, tak de pun tak pe. Either uols pilih FREE STYLE or macam kat Chili's punya, sama je bahan. Kalo FREE STYLE tu main tabur je semua bahan diselang selikan dgn cheese. Kalo tak de ayam/daging (kena masak dulu tau!) korang leh pakai pepperoni. I suka tabur cheese dan selang selikan dengan capsicum+ tomato (dadu)+ayam/daging/pepperoni+CHEESE (lots of it!)
Macam ne lak nak masak lak ni. Hei panjang tol resipi ni. Padahal simple je nak buat. Tutup mata pun leh buat!
I advise korang pakai aluminum foil buat macam bentuk segi empat ke bulat ke. Suka hatilah. Sebab apa tau, I tak sarankan uols masak dalam tray sbb NANTI KORANG KENA CUCI & SENTAL CHEESE YANG MELEKAT KAT TRAY! Kalo pakai foil tu senang je. Lepas makan, BUANG!!!!! ha3.
Taburkan tortillas dalam foil. Masa ni uols panaskan lah oven tu. Suka hati suhu nak berapa. Api atas bawah tau! (Yelah takkan nak masak sebelah atas je!)
Dah tabur tortillas tu (tak kira lah uols nak tabur macam tabur bunga ke apa ke lah kan), korang tabur lak bahan2 sampingan tu seperti camsicum+tomato+ayam,/daging/pepperoni+CHEESE (LOTS OF IT). Kalo uols rasa macam layer tu sikit sangat tambah je second layer tortillas dan ulang semula tabur menabur tu. (Jangan tebal sangat tau)
Dah siap, uols masukkan dalam oven. Ada oven dalam 5 min dah cair cheese nya. Ada oven perlukan 10 min untuk cheese tu cair. Jadi koranglah tentukan ye. Oven I dengan oven uols tak sama. Tak kan nak kena beli oven sama kot! ha3. Agak2 korang tengok cheese tu dah cair, kuar kan lah. Kalo pakai foil ni senang. Tak berapa panas pun...
Dah masak, apa lagi SEMPEDEK lah! Masa panas2 tu uols makan. Janganlah pulak tunggu dah sejuk. Tak best! Tapi janganlah sampai melecur lidah uols ko hagak2 lah eh. Ada setengah orang suka ada dippings. Untuk Nachos, dipping paling senang adalah Sour Cream. Yang ni uols leh beli je kat kedai. Tobassco pun SODAP! Uols sprinkle some Tobassco then colek dengan sour cream. YUMMY!!!!!
Yang warna hijau-guacamole tu adalah avocado. Yang tu pun senang nak buat. Resipinya ada kat bekas sour cream! ha3. Kalo tak de pun tak pe. Then lagi satu jalapeno tu macam cili yang korang tengok Nachos Chili's tu, yang tu memang susah sikit nak cari kat mana2. I pakai cili jeruk yang kita makan keuh teow tu. OK gak! (bakar sekali masa panggang nachos) Sedap.
Cubalah. Berbaloi uols! I lebih suka yang FREE STYLE nye! Kalo nak buat satu2 macam Chili's punya baik I makan kat sana je! ha3






2 comments:
senang2 nanti bolehlah try..adooo
cubalah uols. Senang je
Post a Comment