Dalam pening2 tu, adalah mengeluh kat sahabat rapat. Dan2 terus kasi no anak buah dia, part time property agent. Molek sungguh. Kite pun sms lah tadi (setelah disimpan buat perkasam selama beberapa hari dalam sms). Mula2 kita intro lah.... Beritahu yang pakciknya beri no. hp untuk contact pasal hal rumah. Dia reply, En ni apa nama. Aisey, ENCIK? ha3 tak pelah SMS mana nak nampak rupa kan... Jadi kita pun reply, CIK NAIMATUL. ha3 kekwat ko senah!
Nanti petang kita akan contact dia, beri dia my preference minta dia carikan. Kita tak mampu lah nak buat semua. Pening OK!
Jadi ni lisitng apa kita nak. Nanti senang nak pass dekat agent tu..
1. Jenis rumah
Kita nak cari apartment atau condo. Cita2 kita dari dulu memang nak duduk rumah tingkat2 lagi2 kalo ada swimming pool atau apartment with condo facilities. Nak fefeeling diva uols rumah kita ada swimming pool, gym, dobi, kedai runcit dan cafe. ha3
Kebanyakkan apartment semua 5 tingkat. Masak mak senah nak naik tangga sampai tingkat 5! ha3 Tak kose ok! Jadi kalo nak duduk rumah tingkat2 tinggi, kita pilih yang ada lif!
2. Harga
Tak mahu mahal2 sebab kita tak nak duduk sana sampai ke anak cucu. Jadi budget around RM100k and below.
3. Beli ke sewa?
BELI sebab kita rasa rugi kalo bayar sewa selama 2 tahun tapi rumah tu bukan milik kita...
4. Lokasi
Memandangkan kite ni bekerja dekat Mont Kiara dan bakal suami (ewah) kerja dekat Bangi, jadi pilihan lokasi adalah di tengah2 antara Bangi & Mont Kiara. Kalo korang ni jenis ukur tanah (kaki jalan) pasti tahu tengah2 tu area Cheras, Jln Klang Lama, Puchong, dan kawasan2 sekitarnya.
5. Baru ke lama?
Eh senah, ko ingat ni minyak ke? Yelah Leha, ko ingat ko mampu ke nak beli rumah baru harga juta2 lemon?
Setelah kita survey sejak setahun lepas, rumah baru landed semua nya MAHAL nak MAMPOS! Kopak lah bakal suami kita kan. ha3 Jadi kita decided rumah second hand pun boleh tapi kenalah partly furnished--my main concern mesti ada built in KITCHEN CABINETs! ha2. Dan keadaan rumah tu biarlah semegah harga nya. Jangan lah kopak sana, lobang sini...
6. Bilik
Ni penting. Kita nak 3 bilik dan 2 bilik air.
7. Dah pilih rumah tingkat2, berapa pula sq ft.
Uols, kite ni pun barulah belajar setahun lepas. sq ft ni penting kalo kite duduk kat rumah tingkat2. Sq ft yang selesa untuk rumah tingkat2 adalah 1000++sq ft. Tapi selalunya MAHAL! Jadi kalo dalam budget kita tu, kita agak2 yang selesa untuk taruk perabot semua dalam 800-900 sq ft.
Kalo landed house tu, kita memang expert. Keluarga kite ni dah KERAP sangat pindah rumah, jadi kite tahun yang selesa adalah 22'x75' = 1650 sq ft. (Rumah tingkat2 pun ada size macam ni tau! Harga pun 150-200 kali ganda size rumah! (kiralah sendiri)
8. Tenure & restriction
Kebanyakkan property tenure nya 99yrs dan restriction pula some bumi lot/malay reserve, some not applicable. Jadi yang itu, nanti kita educate korang pasal benda ni. Kita pun tak tahu sangat.
Korang jangan tak tahu, computer kita hari ni sampai kena virus H1N1 sampai technician tanya ada main game ke? Kita macam, eh mana ada, tapi kita banyak search info lah. Dia gelak2. Kita ada terjumpa satu blog ni. Bagus juga, listing properties far sale... Rajin2 visit blog ini...http://www.watieshahproperty.com/
No comments:
Post a Comment