Wednesday, February 16, 2011

More than 1 entry

OK, I betul2 minta maaf sebab blog I ni dah macam gigi ngongak (gigi nenek saya masih penuh ok!) Banyak lopong2. Apa ni Naimah oit. Seminggu sekali je update blog. Nak kena rotan ni. he3... Macam ne nak dapat duit dari Nuffnang macam ni! ha3 Maaf, seribu kali maaf. Bukan sengaja tapi:
1. Ada banyak benda nak update (beli kek mak nani, shopping sakan masa CNY holidays, Ibu masuk hospital, CNY luncheon dan banyak lagi), semua gambar dah transfer dalam thumb drive, tapi I tak tahu mana thumb drive tu sekarang!
2. Macam hari ni ingat nak update pasal cerita2 hujung minggu, tapi lupa bawa kabel kamera! (what's blogging without pictures right?)
3. Kat rumah susah nak masuk blogspot, sebab bila nak tulis je, laptop 'gantung diri'. Rasanya laptop tu memang masalah negara pun. Lembab nak mampos. Kura2 lagi laju ok!
4. Kesibukan terlampau. Kekadang tu sampai serabut kepala otak ni sebab kerja bertimbun. Bulan Feb ni kan, banyak sangat public holidays, tu yang nak adjust biological clock ni susah sangat! Dok enjoy, sebab ada je cuti percuma! ha3

Ok, tu semua alasan batu konkrit I. Ni I sibuk sikit, tapi nak update juga blog sebab I rasa macam terhutang kat BlogMalaysia sebab masa apply dulu, I click update blog every few days in a week! Maaf lah administrator, tak sengaja tau.

Ni cerita panas... Lately kita kan sibuk juggle work, life and planning a wedding (ceh ayat tak boleh blah). Uols, it is not that simple ok! My wedding planner tengah cuti bersalin, jadi I kenalah kick-start dulu. Tak kan nak tunggu dia habis pantang baru nak buat kan. Karang menangis kita tak dapat apa yang kita nak. For the past 3 weeks, I banyak buat (wedding) hall hunting & house hunting. Ya allah, hall tak semegah nama/hotel pun leh tahan  package nya! Jadi dah alang2 mahal, kita rasa baik buat kat hotel je kan. ha3 ishish... Tengok pada approval PA&Ma finance division. ha3....

Tadi kita call lah satu hall ni... Alahai sungguh kemaluan, sebab masih tak biasa nak refer pada si dia sebagai bakal suami. ha3. Malu ok. Cakap BAKAL SUAMI pun lembut je, perlahan! ha3 Ni nanti dah jadi suami, macam ne lah agaknya eh. Nak sebut pun malu. Asal malu pun tak tahu. ha3

Ada few halls yang berkenan di hati, tapi kita tengok lah pada approval PA&Ma finance division. Nak dekat dengan rumah, memang ada club house tu, tapi kita rasa tak berbaloi dengan package yang disediakan baik kita buat je kat JW Marriot! ha3. Jadi kita ni nak dapat kan few proposal packages yang berpatutan harga untuk dikemukakan di mesyuarat senat nanti. he3

Untuk pengetahuan semua, ayah kita ada kat hospital ni. Dah seminggu ayah berkampung kat sana. Sebelum masuk hospital, memang dah bincang lah secara kasar apa yang kita nak, jadi, kita buat jelah dulu kan. Nanti bila ayah dah kuar hospital (tak tahulah bila), kita bentangkan lah segalanya...

Semalam kita pergi cari cincin untuk merisik. Ini first time kita masuk kedai emas, dan memilih cincin. Bling2 mata ok! Masalahnya kita pun tak tahu apa citarasa kita. Beli yang simple je. Ada promotion. Merisik je pun. I suka diamond, but uols tahu2 jelah kan orang tua, prefer emas!

Lepas tu saje gatal2 pergi kedai kain. Terus booking kain! ha3 because I felt in love instantly kat kain tu! Memang cantik, harga pun cantik juga uols. Nanti nak kena datang bawa Ibu & Auntie (mama) pergi tengok dan untuk mendapat approval dewan senat!  Kelakar masa SA tu tgh ikat2 kain tu kat badan kita, dia cakap, 'pakai corset eh'. Kita jawab,'mana tahu?' Dia jawab, 'tengok pun tahu, lepas tu bila pengang badan awak mengesahkan lagi.' ha3 ok beb, you have an expert touch/eye! Tapi semalam memang ramai sungguh orang kat kedai kain tu! Ok bila rasa2 macam puas hati, I bayar deposit untuk kain2 tu.

Dalam kedua2 kejadian ni, kita syukur sangat2 sebab asyik dapat diskaun je. Bukan sikit ok, tapi banyak! ha3 (ke memang harga emas tu n kain tu murah) ha3. Tak pe yang penting, kita puas hati...

Lepas tu HOUSE HUNTING.... Semalam mencari lokasi2 strategik untuk memulakan kehidupan baru (cewah ayat). Tapi bila google, rumah2 kat situ mahal giler. Kesian nanti BAKAL SUAMI nak membayar. he3 (eh pandai2 je kan... tp kan kita nak cop bayar bills je...he2)

Itu jelah.... Sekian



















No comments: