Tuesday, May 22, 2012

Hatchooooo

Ya allah, giler berzaman tak update blog. Banyak dah spiderweb... Bukan apa, sejak mendirikan rumah tangga ni, masa banyak habis dekat jalan raya. Pagi2 dah bangun macam nak pergi sekolah, malam baru balik. Bila sampai rumah, rehat2 jap lepas tu terus tidur.... Dengan kesibukan kerja, bukan macam dekat office lama, boleh je update blog masa kerja. he3 Banyak yang hendak dituliskan. Sekarang ni rasa macam dah 'stabil' untuk mem-blog kembali. Even ada smart phone pun, I tak serajin mana nak update blog. ha3. Pending updates on my wedding. Nanti nak buat special entry just for it. Nak berterima kasih kepada banyak pihak. (Ayat skema) Apa yang terbaru eh? Jengjengjeng.... hagak2nya apa? Bila tak kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang tanya, bila nak ada anak.... Jengjengjeng...
Syukur alhamdullilah, I dan suami dikurniakan rezeki dari Yang Maha Esa selepas sebulan kami mendirikan rumah tangga. Reszeki uols. I pun terkejut. Tapi I memang 'mengharapkan' pun sebab umur I tahun ni dah 30. Ya allah, mak dah 30 uols! Macam tak caya je. he3 Jadi bermulalah episode morning sickness sehinggalah tahap menyesuaikan perubahan hormon sepanjang tempoh tersebut. Sekarang dah masuk ke bulan ke-enam, kadang2 masih ada sickness, kadang2 mabuk2 udara, kadang2 berasa tidak selesa dan banyak lagi. During the first 4 months was the worst moment in my life. I had to endure the sickness which was so bad, I was admitted to hospital twice due to dehydration. I tried to think positively, enjoy the moment of being pregnant, but, yeah I do look worst during that time! Goodbye high heels, trendy work clothes, I changed it to flat and maternity clothing. I even changed my headscarf, I don't like to put on make up, I was soooooo UGLY at that time. I can't do housework, I was so lazy and gets tired easily. I can't stand the 'cooking' aroma, detergents, even the body wash I used to use before. I had fever all the time, vomiting all the time, oh I can't eat oily food and CHICKEN! When ever I found a comfort food, it only lasts for a week, then I will have to change it until my body can accept the food I ate. What else? oh ya, the back pain was painful! Fuhhhhh... But syukur, now I am ok! I finally managed to look after myself, dress up nicely! Barulah ada ghope orang mengandung. I am enjoying every moment, day by day, excited to feel the movement of my baby especially after meal and during my bed time. Everytime during check up, I can't wait for the moment during the scan time, where I can see HER move, see HER in weird positions! There was one time, SHE was in idon'tknowwhat position, that's when I found out HER gender. Syukur. I was excited, and I can't wait to buy all the flowery and cute stuffs for her! Insya allah, I hope I will have a smooth journey through out the rest of the final trisemester, and I don't mind gaining weight and being out of shape and looking not pretty! Yup, I am HUGE and not so pretty! He3. Tak pe, nanti during confinement, kena kasi betul2 dan tak lupa korset kan ada! ha3

Monday, December 26, 2011

My very 1st cookware

Dah lama aku tak update blog kan? Sejak kahwin ni, aku tak de mood nak mengadap pc. Balik kerja dah malam, lepas dinner (ibu/MIL masakkan), rehat2 then tido. Esok pagi nya bangun, terkejar2 nak kejar LRT pukul 8 pagi (itu pun kalo sempat)
Actually, aku nak share something. Korang pasti pernah dengar cookware jenama TEFAL kan? Terkenal dengan non stick pots & pans. Harga dah lah mahal. Rupanya TEFAL cookware range ni ada banyak jenis. The particular ones is TEFAL ENJOY. Because Carrefour is having a 50% discount for this range. From pans up to stewpot, RM48.90-RM125.90.
I told hubby that I had sleepless nights thinking about it! Ha3 So last weekends, my dream came true as I decided to buy the wok pan 28cm for only RM74.90.(My aunt said the wok is much practical then the pan)
So ladies out there, it's a good bargain ok! But for this moment, I am not able to show my culinary skills yet as I am still living like a nomad. So the wok will be kept together with the other wedding presents at MIL's house.

Cheers!

Friday, November 18, 2011

Today, last week

Hello there. It's been a week I am married with the love of my life. I still remembered clearly the moment prior, during and after the solemnization. I had sleepless nights a week before THE day. I was mentally and physically tired but I was unable to sleep. Betul pepatah ni - makan tak kenyang (aku jamah sikit je), tido tak lena (betul ni, dapat tido 4 jam sehari), cuma mandi je basah!
Syukur semua berjalan dengan lancar. Masih tak percaya that I am MARRIED. Nasib baik hubby tak kena karate tido kat sebelah (fYi, saya tido sgt lasak) he3. Bila I dah settle down, I akan update lagi.
Untuk tatapan semua, tgk lah gmbr2 ni.

Friday, November 4, 2011

Today, next week

dubdabdubdab.... In less than a week, I will be married! (insya allah). I am not an ordinary bride, I think. I am still working until next Wednesday. Well, work comes first. Solemnization is on Friday, 11 Nov 2011, insya allah. On Saturday, 12 Nov 2011 is my reception and also my going-to-be husband's birthday. And the following day is the groom's reception. Ha amik ko. 3 hari berturut. Nasib baik lah tak de malam berinai bagai. he3

Well, preparation is mostly done. Baju2 sanding ada kat rumah dah ni. Berangan je tengok, termasuk kasut dan accessories bagai. Well of course I rasa tu lah rekaan yang paling cantik diilhamkan oleh diri sendiri! ha2 dari kat kedai kain sampai lah ke tailor cakap never seen the color before. *hint: from BLUE family* 

OK, need to get my beauty sleep. Oh eye bag please go away. Tapi tak pelah, MUA pilihan hati, Kak Ayu, memang pandai nak cover bag LV kat bawah mata tu.

oooppss mencelah. Dah tengok gambar pre wedding! Sangat cantik. Sesiapa yang lom kahwin lagi tu, kalau tertanya2 best tak posing maut sebelum kahwin, jawapan I adalah, "Saya faham perasaan model2 yang posing bawah panas terik, bangun awal pagi untuk shooting, make up sejam, shooting dan mengambil feel dan posing, mencari lokasi, oh tak lupa gak MOOD, letih senyum sampai otot2 pipi kejang, peluh tak hengat, dan I rasakan make up is not for me! ha3. First time I pakai bulu mata palsu, rasa macam orang sakit mata, berat je mata... but IT WAS FUN! Sapa yang datang to my reception dapatlah tengok gambar2 tu nanti.....

Tunggu jelah update lepas bertukar status ok! 


Monday, October 17, 2011

Macam mana?

..... Nak update blog pakai menatang ni?
Aku tak mahir lagi lah. Nak view dashboard dapat separuh, nak buat entry tak leh type. Sapa ada idea! Tolong...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 11, 2011

Sakit lagi

Aku masih lagi sakit. Kalau dikira dah sebulan lebih. Puncak kesakitan adalah minggu ni. Puncanya melalui virus selsema yang tiba2 saja menyerang dan diikuti dengan demam dan sengal2 sendi. Mata pun sampai berair, batuk bertukar menjadi lebih teruk sampai tahap aku sukar nak bernafas kerana tersedut kahak sendiri ketika batuk bertalu2 dan yang lebih memeritkan apabila suara ku sudah menjadi begitu ROCK/sengau dan kandangkala sukar untuk bercakap sebab dah takde suara dan aku rasakan suara aku sesedap suara Pink ketika menyanyikan lagu I Don't Believe You (aku dah test masa tengah sengau ni)

Sampai satu tahap aku ingat aku dah terseksa batin sebab terpaksa menanggung sakit berminggu-minggu. Asal pulih je aku jatuh sakit kembali. Kali ni doktor kasi aku antibiotik, last resort kepada semua permasalahan. Nampak gaya macam tak de tanda untuk pulih. Dalam 2 hari lagi habis lah ubat tu.

Tak pernah aku sakit begini. Ubat adalah peneman aku buat tika ini. Janganlah aku kena migraine. Ada satu hari tu aku tulis di wall FB aku mengenai penderitaan aku. Ramai kawan2 yang begitu prihatin.
Bila dah sakit, nak buat urusan perkahwinan pun aku takde mood. Aku cepat letih, tak boleh panas kalau tidak aku akan batuk, dan tak boleh sejuk sebab hidung aku akan tersumbat dan akan memaksa aku bernafas melalui mulut dan akan membuatkan tekak kering secara tak langsung memeritkan tekak ku yang memang sedang mengalami inflamation.

Apakah yang sedang berlaku kepada diriku? Doakan untuk aku supaya aku pulih seperti sediakala. Aku pun dah tak seceria dulu, lebih banyak menyendiri sebab takut orang geli tengok hingus ku tiba2 meleleh atau takut terhadap batuk ku yang tak henti2.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 2, 2011

Pengganti lemang/rendang/ketupat/etc


Tu dia.... Isnin hari tu aku demam teruk. Sampai tak leh tidur malam sebab kepala sakit sangat. Aku suspect aku sakit gigi sampai tangkap kat kepala. Mula2 pagi2 buta aku pergi jumpa doktor. Klinik panel kat Sg Buloh tutup jadi aku pergi yang dekat Sri Damansara. Dah lah hujan renyai pagi tu. Doktor kate aku demam. Tapi aku tak rasa badan ku demam. Muka bengkak, doktor kate sinus teruk. Batuk2 berkahak--doktor tanya warna apa, aku cakap tak tahu, tp yang pasti aku batuk2 sampai muntah. (tahun ni aku kena ganti puasa lebih 2 hari sebab kesihatan tidak begitu mengizinkan)

Lepas jumpa doktor, aku pergi dentist. Tempat aku selalu pergi tu tutup. Jadi terpaksa cari yang mana buka. Ada satu, dentist mahal. Giler lama nak kena tunggu sebab dentist tu hanya terima appointments je, tapi sebab aku buat muka kesian separuh bengkak, dia kasi slot. Rupanya ramai gak yang walk in on that day. Gara2 sakit gigi dan dentist biasa semua tutup. Jumpa dentist, dia check gigi geraham ada lubang baru. Aku cakap aku sakit kepala, makan ubat pun tak baik. Dentist cakap, gigi tu berlubang dan kena nerve aku sebab keliling gusi semua bengkak. Dia tak leh tampal or buat apa2 jadi untuk raya, dia kasi taruk ubat yang boleh tahan seminggu dan kasi aku 2 jenis antibiotik dan ubat tahan sakit. Masa dentist drill gigi yang rosak tu, memang ngilu tahap gaban. Aku rasa bergegar otak sebab tak tahan ke-nyiluaan tersebut. Dentist tu dok rekomen bius. Aku cakap tak pe, boleh tahan lagi..... tuptup ko tahu berapa aku kena charge? RM 84 just tampal ubat!!!!!!! Tu dentist siap rekomen kate ada tampalan yang tercabut nak tampal baru, aku cakap tak pe..... Nasib aku tak minta bius, mau aku laloq smp raya!

Jadi kesimpulan masa raya, memang aku tak rancak sangat. Dengan selsema, batuk, sakit gigi..... Tidur malam, mak cik aku cakap aku macam semput. Yup doktor pun kate kahak aku banyak sampai aku bernafas pun wheezing. Kesian kan. Aku lenguh ok kunyah sebelah mulut je, sebab aku takut tampalan ubat tu tercabut dan aku yang akan terseksa kalo gigi tu sakit masa cuti!!!!

Alhamdullilah aku dah kebah demam dan selsema, cuma batuk je belum lagi. Gigi pun dah ok sebab kepala aku dah tak sakit.

Nanti aku upload gambar2 raya ok. Raya kali ni merupakan raya terakhir aku sebagai anak bujang. Eceh.... malu seh.. nanti aku cerita what happened during raya......



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.