Sunday, September 11, 2011

Sakit lagi

Aku masih lagi sakit. Kalau dikira dah sebulan lebih. Puncak kesakitan adalah minggu ni. Puncanya melalui virus selsema yang tiba2 saja menyerang dan diikuti dengan demam dan sengal2 sendi. Mata pun sampai berair, batuk bertukar menjadi lebih teruk sampai tahap aku sukar nak bernafas kerana tersedut kahak sendiri ketika batuk bertalu2 dan yang lebih memeritkan apabila suara ku sudah menjadi begitu ROCK/sengau dan kandangkala sukar untuk bercakap sebab dah takde suara dan aku rasakan suara aku sesedap suara Pink ketika menyanyikan lagu I Don't Believe You (aku dah test masa tengah sengau ni)

Sampai satu tahap aku ingat aku dah terseksa batin sebab terpaksa menanggung sakit berminggu-minggu. Asal pulih je aku jatuh sakit kembali. Kali ni doktor kasi aku antibiotik, last resort kepada semua permasalahan. Nampak gaya macam tak de tanda untuk pulih. Dalam 2 hari lagi habis lah ubat tu.

Tak pernah aku sakit begini. Ubat adalah peneman aku buat tika ini. Janganlah aku kena migraine. Ada satu hari tu aku tulis di wall FB aku mengenai penderitaan aku. Ramai kawan2 yang begitu prihatin.
Bila dah sakit, nak buat urusan perkahwinan pun aku takde mood. Aku cepat letih, tak boleh panas kalau tidak aku akan batuk, dan tak boleh sejuk sebab hidung aku akan tersumbat dan akan memaksa aku bernafas melalui mulut dan akan membuatkan tekak kering secara tak langsung memeritkan tekak ku yang memang sedang mengalami inflamation.

Apakah yang sedang berlaku kepada diriku? Doakan untuk aku supaya aku pulih seperti sediakala. Aku pun dah tak seceria dulu, lebih banyak menyendiri sebab takut orang geli tengok hingus ku tiba2 meleleh atau takut terhadap batuk ku yang tak henti2.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: