Monday, April 25, 2011

Too many words

lama menyepi. kesibukan. bila tiba bulan april, aku kerja bagai sotong kurita atau lari tak cukup tanah. sebab tengah year end-closing accountssss. plural. ada banyak ok! minggu depan aku fly pergi kota aummmm singa sebab auditor nak conduct audit kat office sana.

tadi aku ada update blog pasal aku suka lagu I DO. aku sukerrrrrrrrr sangat. mmmm dah lama tak pergi test suara. tengok lah kalau ada masa. selalunya memang tak de masa. ha3

wei, kekecewaan berlaku bila aku dapat tahu prince william dah nak kahwin. nasib baik aku pun dah berpunya, so tak lah frust tertonggek mengenangkan cinta tak berbalas. ha3 aku ingat lagi masa sekolah2 dulu, ramai budak pompuan suka sangat dengan prince william ni. aku masih ingat, masa tu umur aku 14tahun,  internet baru diperkenalkan, masa tu kan pakai dial up 1515, asal ko online je, phone rumah engage! ha3. dulu tak de google. yang aku tahu, ada search engine ni, selalu aku pakai, selalu search pasal prince william. hahahaha, siap print gambar si putera raja tu then balut buku selit kan lah gambar crush aku ni! ha3. bila cikgu bosan je mengajar, aku dok tenung koleksi gambar2 si putera raja tu kat cover buku aku.

apa je majalah ada pasal si will pasti aku beli. ada poster lagi aku suka! ha3. korang mesti fikir aku tampal poster kat bilik kan? oh tidak. aku simpan ok. tengok tiap2 hari bosan. so bila windu je, buka majalah tu, belek muka si kacak. ha3senget betul aku masa tu. lagi best masa mak si will ni meninggal. aku dengan ibu dok depan tv (masa tu kami subscribe mega tv) tengok upacara pengkebumian princess di. the best part siap ada linangan air mata ok! dari zohor sampai nak ke maghrib upacara tu! asal break je, cepat2 lah buat apa yang patut! masa tu aku n ibu je conquer tv! tak leh tukar channel langsung! ha3

wedding si will jumaat ni. tension. macam ne nak tengok. aku kat office. memang office tak restrict mana2 website kitorg nak masuk, tapi aku macam segan lah pulak. tengoklah mood boss aku. kalo angin monsun ok, boleh lah aku tengok. kalo tak, idok lah berani aku nak tengok.

eh jap, aku sebenarnya lupa nak cecite pasal apa..... oh ye. 
dah ingat. 
yang atas ni mukadimah je. 
tujuan sebenar aku tulis ni sekadar peringatan. 
.
.
.
.
.
.
wei korang dah file income tax lom!?

ingat dateline 30/4/2011. 
sesiapa nak buat online, yang tak de no. pin, just call them up! even though dalam website cakap last date 20/4/2011 untuk dapatkan nombor pin. 
buat thru online sangat mudah ok! 

tuan punya badan dah submit dah. tengah tunggu refund je!




No comments: