Bukan mudah rupanya nak fikirkan tema wedding ni. Aku dok tukar2 taste. Mula2 ikut perjanjian, si dia uruskan belah dia, aku uruskan belah aku. Aku confirm nak kaler ni......
Sebab aku ada terpandang display dekat Binwanis, terus jatuh hati. Kain tu warna honeysuckle pink and the lace is chocolate brown. Cantik giler!
TAPI...
si dia dok cakap nak warna biru. Tak pernah aku terfikir nak pakai biru. Tapi bila tengok gambar Uncle Afdal kahwin few months back, lepas tu aku gunakan perkhidmatan encik google, rupanya biru ni ada lah banyak jenis selain dari biru tiffany, biru laut, biru kain sekolah rendah, dan sebagainya. Tengok chart ni.
Aku minta encik google cari maklumat mengenai biru. Biru ni sesuai kalau kite buat majlis during summer. Macam kite ni kat Malaysia kan sentiasa panas, lagi2 wedding buat kat rumah, memang sesuai lah pakai biru sebab kaler biru tu akan lagi cantik bila kena dengan pancaran matahari yang berwarna kuning. Oh btw, majlis sebelah aku tak jadi buat dekat dewan sebab ayah aku cakap menurut kate jiran aku, masa anak dia kahwin dulu, ramai orang sesat cari tempat tu. Baiklah ayahanda, anakanda turuti permintaan itu. Yelah, aku pun tak naklah tetamu sampai sesat nak ke majlis aku kan... Jadi di rumah lah persandingan aku nanti.
Jadi, kebetulan, keluarga aku semua tak ikut warna pilihan aku. Ibu pergi beli kain warna kuning. Rupanya dia dah beritahu semua orang warna tema kuning. Aku baru dapat tahu lah last week. Aku pun mmmm baiklah. Tak sama pun dengan warna yang aku nak. ha3 Memandangkan si dia nak biru, nanti lah aku tengok2 mana yang sesuai. Kebetulan encik google ada tunjuk gambar ni....
![]() |
| Royal Blue & Yellow. |
![]() |
| Blue & Orange |
'reds and oranges and yellows create a mood of excitement and fun'
Warna tema sebalah dia pun aku sebenarny masih samar2... ha3 Nantilah si dia akan pilih sendiri. Pandai lah MUA aku menyesuaikan dengan warna kulit aku yang ala2 tak Beyonce ni. ha3





5 comments:
Akak sokong biru...go-go! Sesuai dgn cuaca kat Bukit Rahman Putra..hahaha
kak nab--ha3. kan! sy pun dah jatuh hati dgn warna royal blue ni!
ahhaha mmg pening!! jap2 jumpa kaler nie jatuh cinta, jap jap tgk yg nie cantek plak...=) gluck beb..yg penting kaler pengantin harus BEZA dgn kaler tema family...i pernah baca, klu org sbut tema its for their families,kaler khemah, deco semua, not penganting...pengantin harus diff colour
warna2 KEL? muahaha
Kin--tulah kan
Man--mana ada. KEL lain ok!
Post a Comment