Monday, June 13, 2011

Lagi 4 bulan....

Ticker aku dah kasi reminder via email. 5 months to go to my BIG DAY. Kalau mengikut perkiraan secara manual, bulan JUNE dan NOVEMBER dah tak boleh diambil kira. Jadi tinggal bulan Jul, Aug, Sept dan Oct = 4 bulan je lagi. Kecoh kan! Lantaklah.... Tapi sekarang ni, aku tengah nak melengkapkan barang2 hantaran. Nak cari baju untuk si dia & al-quran. Aku nye tinggal telekung je. Kalau boleh nak lengkapkan semua barang hantaran dalam bulan ni juga sebab aku nak fokus pada benda lain iaitu MY BEDROOM! Ibu aku dah bising tanya bila aku nak kemas buku2 aku tu. Adoi kemalasan melanda diri. Sebab kalau dah start, memang tak leh stop! Baju2 pun sikit2 aku dah 'terpaksa' let go. Bukan sebab tak muat, tapi sebab aku dah bosan tengok baju2 tu. Nak tunggu adik aku si hot tu besar, silap haribulan baju tu kena gigit tikus kot! Time dia nak pakai nanti, berlubang2! ha3

Nasib baik bilik aku dah dicat masa tahun lepas masa adik aku nak kahwin. Entah, dia yang nak kahwin, bilik aku lak yang cantik! ha3 Silap2 aku kena cat balik kot bilik tu sebab aku nak beli perabot baru tema ala2 english, perabot warna putih yang ada stencil bunga2 ros kat bucu2 perabut. Entah lah tengoklah kalo aku RAJIN.

Oh terlupa, kad jemputan. Belum finalize lagi. Plan by end of this month kena selesaikan. Sebab aku nak bawa balik kampung kad2 tu nanti. Next month dah set appointment untuk HIV dan nak pergi kedai kain dengan MUA. No mater what, before puasa semua kena selesai benda2 ni. Oh termasuk nak hantar tailor kain nikah aku. Baju nikah si dia dah siap dah.

Hujung minggu ni ada appointment dengan katering service. Kalau tiada aral melintang, insya allah, aku amik katerer ni. Nantilah aku beritahu siapa.

Ekceli, aku nak beritahu aku ada lagu baru ni, sedap ok! Mentang2 dah nak kahwin. Zetty, ko suka tak lagu ni?
















No comments: