Wednesday, April 6, 2011

Putting my dreams into reality

Lama tak cite pasal Wedding kita kan. Sebab tak de mood uols sebab I tak dapat kahwin kat dewan! ha3 Seminggu pujuk hati sebab tarikh yang kita plan nak nikah tu, SEMUA dewan PENUH! Dewan yang tak penuh hanyalah di hotel2 yang akan charge RM100 per pax. Gilos! Kaum kerabat ramai uols! Dari kampung sehinggalah ke bandar, dari Utara sehingga ke Selatan dan timur ke barat. Takkan aku nak belanja kahwin RM200k, tak termasuk lah khidmat MUA, photographer dan lain2.

Banyak tak puas hati dengan dewan2 ni sebenarnya. Perlu ke from head to toe sehingga ke makan semua termasuk dalam package? Aku siap cakap nak sewa dewan je pun tak boleh. Eh sepatutnya beri lah kebebasan kepada kita kan. Tulah...sebab dewan2 macam ni lah yang membuatkan aku sakit hati. Aku siap minta breakdown sebab nak tunjuk kat parents aku berapa cost semua. Tapi diorg tak leh kasi. mmm tak pelah. Selama seminggu memujuk hati, aku terima kenyataan untuk buat majlis kat rumah. Pening lain lak...

Aku kalo boleh memang tak nak buat kat rumah. Sebab aku tahu nanti aku juga yang nak kena kemas rumah. Aku tahu banyak benda nak kena kemas. Dah tentu aku akan begitu teliti sehingga ke celah2 pagar. Semua nak sempurna! Tulah payahkan. Lepas tu jemputan lak ramai, jadi aku dok risau macam ne tamu nak dok lepak, cukup ke tempat, hujan panas semua arrr! Pening ok!

Bila dah boleh terima kenyataan buat majlis dekat rumah, aku pun dah dok terfikir nak buat pelamin dekat celah dinding mana, tangga nak hias dengan scallop, bilik tidur nak hias macam ne, nak set up khemah dari simpang jalan sehingga 5-6 biji rumah dan sebagainya. Isnin lepas, aku terima panggilan telefon. Panggilan yang membuatkan aku melompat kegembiraan. Bersyukur sangat2. Sebab, dewan yang dekat perimeter rumah aku tu KOSONG! (orang yang before aku tu, back off, so I was next in line...)

Aku pun terus bersemangat! Macam2 aku nak buat! Yelah kan dah buat kat dewan, ada aircond, banyak benda nak kena rombak balik! Dari baju sehinggalah ke segalanya. Tapi dewan tu kosong bukan pada tarikh asal yang kami semua setuju. Dalam fikiran, dok terfikir macam mana nak beritahu Ibu. Korang tahu aku guna alasan apa? Aku guna alasan takut kena migraine sebab cuaca panas! ha3 Alasan ku DITERIMA PAKAI! Ibu kate ok. Tapi tanya dulu pihak lelaki macam mana. Si dia pun tanya mama and she agreed. Tapi majlis bertandang hanya akan berlangusng 2 minggu selepas majlis bersanding di pihak perempuan. Tak pelah, asalkan aku dapat pakai baju pengantin meleret 5meter kat dalam dewan! ha! (cakap2 je tau!) The best part pula, tarikh persandingan tu memang cun! Minggu deepavali, the following week, Raya haji! Giler jimat cuti aku! Dapatlah raya bersama ahli keluarga baru.

Tapi dewan tu tak lah sebesar mana tapi cukuplah untuk menampung kapasiti dan yang penting semua orang SELESA! Tadi bergegas aku pergi bayar deposit sebab memang ada orang beratur nak buat majlis pada tarikh itu juga!

Tahu tak?


Dekat dengan hutan rimba!





Enhanced by Zemanta

2 comments:

Arash Libra said...

dah dekat hutan rimba..so konsep tarzanlah uolls! mamposss..

naimanuar said...

tetamu lah konsep tarzan! ha3