Friday, November 18, 2011

Today, last week

Hello there. It's been a week I am married with the love of my life. I still remembered clearly the moment prior, during and after the solemnization. I had sleepless nights a week before THE day. I was mentally and physically tired but I was unable to sleep. Betul pepatah ni - makan tak kenyang (aku jamah sikit je), tido tak lena (betul ni, dapat tido 4 jam sehari), cuma mandi je basah!
Syukur semua berjalan dengan lancar. Masih tak percaya that I am MARRIED. Nasib baik hubby tak kena karate tido kat sebelah (fYi, saya tido sgt lasak) he3. Bila I dah settle down, I akan update lagi.
Untuk tatapan semua, tgk lah gmbr2 ni.

Friday, November 4, 2011

Today, next week

dubdabdubdab.... In less than a week, I will be married! (insya allah). I am not an ordinary bride, I think. I am still working until next Wednesday. Well, work comes first. Solemnization is on Friday, 11 Nov 2011, insya allah. On Saturday, 12 Nov 2011 is my reception and also my going-to-be husband's birthday. And the following day is the groom's reception. Ha amik ko. 3 hari berturut. Nasib baik lah tak de malam berinai bagai. he3

Well, preparation is mostly done. Baju2 sanding ada kat rumah dah ni. Berangan je tengok, termasuk kasut dan accessories bagai. Well of course I rasa tu lah rekaan yang paling cantik diilhamkan oleh diri sendiri! ha2 dari kat kedai kain sampai lah ke tailor cakap never seen the color before. *hint: from BLUE family* 

OK, need to get my beauty sleep. Oh eye bag please go away. Tapi tak pelah, MUA pilihan hati, Kak Ayu, memang pandai nak cover bag LV kat bawah mata tu.

oooppss mencelah. Dah tengok gambar pre wedding! Sangat cantik. Sesiapa yang lom kahwin lagi tu, kalau tertanya2 best tak posing maut sebelum kahwin, jawapan I adalah, "Saya faham perasaan model2 yang posing bawah panas terik, bangun awal pagi untuk shooting, make up sejam, shooting dan mengambil feel dan posing, mencari lokasi, oh tak lupa gak MOOD, letih senyum sampai otot2 pipi kejang, peluh tak hengat, dan I rasakan make up is not for me! ha3. First time I pakai bulu mata palsu, rasa macam orang sakit mata, berat je mata... but IT WAS FUN! Sapa yang datang to my reception dapatlah tengok gambar2 tu nanti.....

Tunggu jelah update lepas bertukar status ok! 


Monday, October 17, 2011

Macam mana?

..... Nak update blog pakai menatang ni?
Aku tak mahir lagi lah. Nak view dashboard dapat separuh, nak buat entry tak leh type. Sapa ada idea! Tolong...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 11, 2011

Sakit lagi

Aku masih lagi sakit. Kalau dikira dah sebulan lebih. Puncak kesakitan adalah minggu ni. Puncanya melalui virus selsema yang tiba2 saja menyerang dan diikuti dengan demam dan sengal2 sendi. Mata pun sampai berair, batuk bertukar menjadi lebih teruk sampai tahap aku sukar nak bernafas kerana tersedut kahak sendiri ketika batuk bertalu2 dan yang lebih memeritkan apabila suara ku sudah menjadi begitu ROCK/sengau dan kandangkala sukar untuk bercakap sebab dah takde suara dan aku rasakan suara aku sesedap suara Pink ketika menyanyikan lagu I Don't Believe You (aku dah test masa tengah sengau ni)

Sampai satu tahap aku ingat aku dah terseksa batin sebab terpaksa menanggung sakit berminggu-minggu. Asal pulih je aku jatuh sakit kembali. Kali ni doktor kasi aku antibiotik, last resort kepada semua permasalahan. Nampak gaya macam tak de tanda untuk pulih. Dalam 2 hari lagi habis lah ubat tu.

Tak pernah aku sakit begini. Ubat adalah peneman aku buat tika ini. Janganlah aku kena migraine. Ada satu hari tu aku tulis di wall FB aku mengenai penderitaan aku. Ramai kawan2 yang begitu prihatin.
Bila dah sakit, nak buat urusan perkahwinan pun aku takde mood. Aku cepat letih, tak boleh panas kalau tidak aku akan batuk, dan tak boleh sejuk sebab hidung aku akan tersumbat dan akan memaksa aku bernafas melalui mulut dan akan membuatkan tekak kering secara tak langsung memeritkan tekak ku yang memang sedang mengalami inflamation.

Apakah yang sedang berlaku kepada diriku? Doakan untuk aku supaya aku pulih seperti sediakala. Aku pun dah tak seceria dulu, lebih banyak menyendiri sebab takut orang geli tengok hingus ku tiba2 meleleh atau takut terhadap batuk ku yang tak henti2.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 2, 2011

Pengganti lemang/rendang/ketupat/etc


Tu dia.... Isnin hari tu aku demam teruk. Sampai tak leh tidur malam sebab kepala sakit sangat. Aku suspect aku sakit gigi sampai tangkap kat kepala. Mula2 pagi2 buta aku pergi jumpa doktor. Klinik panel kat Sg Buloh tutup jadi aku pergi yang dekat Sri Damansara. Dah lah hujan renyai pagi tu. Doktor kate aku demam. Tapi aku tak rasa badan ku demam. Muka bengkak, doktor kate sinus teruk. Batuk2 berkahak--doktor tanya warna apa, aku cakap tak tahu, tp yang pasti aku batuk2 sampai muntah. (tahun ni aku kena ganti puasa lebih 2 hari sebab kesihatan tidak begitu mengizinkan)

Lepas jumpa doktor, aku pergi dentist. Tempat aku selalu pergi tu tutup. Jadi terpaksa cari yang mana buka. Ada satu, dentist mahal. Giler lama nak kena tunggu sebab dentist tu hanya terima appointments je, tapi sebab aku buat muka kesian separuh bengkak, dia kasi slot. Rupanya ramai gak yang walk in on that day. Gara2 sakit gigi dan dentist biasa semua tutup. Jumpa dentist, dia check gigi geraham ada lubang baru. Aku cakap aku sakit kepala, makan ubat pun tak baik. Dentist cakap, gigi tu berlubang dan kena nerve aku sebab keliling gusi semua bengkak. Dia tak leh tampal or buat apa2 jadi untuk raya, dia kasi taruk ubat yang boleh tahan seminggu dan kasi aku 2 jenis antibiotik dan ubat tahan sakit. Masa dentist drill gigi yang rosak tu, memang ngilu tahap gaban. Aku rasa bergegar otak sebab tak tahan ke-nyiluaan tersebut. Dentist tu dok rekomen bius. Aku cakap tak pe, boleh tahan lagi..... tuptup ko tahu berapa aku kena charge? RM 84 just tampal ubat!!!!!!! Tu dentist siap rekomen kate ada tampalan yang tercabut nak tampal baru, aku cakap tak pe..... Nasib aku tak minta bius, mau aku laloq smp raya!

Jadi kesimpulan masa raya, memang aku tak rancak sangat. Dengan selsema, batuk, sakit gigi..... Tidur malam, mak cik aku cakap aku macam semput. Yup doktor pun kate kahak aku banyak sampai aku bernafas pun wheezing. Kesian kan. Aku lenguh ok kunyah sebelah mulut je, sebab aku takut tampalan ubat tu tercabut dan aku yang akan terseksa kalo gigi tu sakit masa cuti!!!!

Alhamdullilah aku dah kebah demam dan selsema, cuma batuk je belum lagi. Gigi pun dah ok sebab kepala aku dah tak sakit.

Nanti aku upload gambar2 raya ok. Raya kali ni merupakan raya terakhir aku sebagai anak bujang. Eceh.... malu seh.. nanti aku cerita what happened during raya......



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 27, 2011

Hari ini dalam sejarah

Ingat lagi caption ni masa dulu2 kat TV 1. ha2. Tak tahu ada lagi ke tak, tapi ni I nak cerita sejarah hidup I. Selama 29 tahun, ini baru pertama kali I batuk2 sampai tak de suara. Ye ulang suara, saya TAK DE suara. Bukan serak2 basah tetapi langsung tak de suara. Kalau keluar pun suara tu, sangat teruk bunyi nya, suara nanny Fran pun lagi sedap. I terkejut tetapi rasa kelakar pun ada. Sepanjang hari (dari malam semalam) I kurang bercakap. Hanya bila perlu je. Tetapi memang sangat kelakar. Bila bercakap, gila lari pitching suara. Oh nasib I bukan penyanyi, kalau tak macam ne nak nyanyi lagu raya nanti ni? 

Dah 3 hari I selsema n batuk2. Sakit tekak jangan cakap lah. Ni puasa ni perit je tekak. Tapi alhamdullilah, segala urusan puasa I berjalan lancar. Just kurangkan bercakap, tu je. Mulut macam bertih jagung ni kalau tak bercakap sehari memang tak sah. Nasib kerja kat tempat baru, jadi memang aku belum tunjuk belang lagi kat sana. Tapi tempoh ahri berjumpa officemate lama, fuh bercakap sampai kering tekak. Kira sebulan lah dah lama aku tak exercise suara! ha2

Isnin ni I masih bekerja. Lepas buka puasa batu balik Melaka, kampung ibu. Duduk berapa lama kat sana aku tak pasti, tapi yang pasti nya aku nak balik Khamis! ha3.... Tengoklah keadaan selalunya nenek pasti ada plan nak jalan raya sampai ke Johor dan Pahang! Tahun ni aku tak beriya sangat nak beli baju raya. Baju raya tahun lepas yang aku baru pakai sekali masa wedding adik aku ni Terengganu masih ada. (Baju mahal beb, haruslah aku pakai) Just nak cari tudung dan blaus2 je. Ibu cakap, asyik pakai kemeja je, cubalah pakai blous. Baik lah. Anakanda usahakan...

Kepada semua sahabat, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Berhati2 di jalan raya ye! Jangan makan banyak2, watch your diet! 

 

Saturday, August 20, 2011

3 minggu

Yuuuhuuuu....Lama nya I tak update blog. Sorrylah. Sejak kerja kat tempat baru ni, banyak benda tak leh access. Semua kena monitor, banyak kamera ok! Pasal kerja nanti kite story. Apa khabar readers semua. Ada ke readers entah lah. I bukan blogger glamour pun. 

So far, pasal hal2 wedding dah settle. Just tunggu lepas raya, untuk buat payments untuk caterer, MUA+photog services. Kad memang dah siap. Raya ni dah start diedarkan dekat kampung dulu, balik nanti baru edar kat KL/Selangor. Ramai orang terkejut sebab preparation aku semua dah boleh dikatakan 75% siap. Gifts pun buat sendiri ok. Handmade. Sampai lecur jari jemari aku ni kena glue panas. Rasa dah penat buat gifts, aku buat cookies lak. Tu jelah kerja aku hujung minggu. Nak buat untuk 2,000 ko ingat senang? It's just a simple gift tapi yang penting satisfaction. 

Pasal nak raya, aku tak prepare ape2 lagi. Nanti aku blog pasal kuih raya dan preparation untuk raya ok!

Ini Ramadhan terakhir aku dgn family. Seboleh2nya aku memang balik buka puasa dengan semua orang. Kalau sempat aku singgah bazar tengok2 juadah yang berkenan di hati. Selalu aku beli kuih je. 5 ketul, 2 ringgit. Memang tak de beli apa2 sebab ibu n ayah dah sediakan semua. Aku just tanya menu apa hari ni. Basically simple je, sebab kami ni semua jenis tak makan banyak kecuali adik laki aku, HafriZ yang tinggi pintu! Dia makan macam raksasa. Giler penuh pinggan dia. Sampai ibu suruh dia guna pinggan besar!

MInggu kedua iftar, Man bawa kami pergi buka puasa dekat Istana Hotel. FREE ok! Ada orang kasi kat dia. So dia ajak aku n Fendi. Sorry tak de gambar sebab masa tu aku uzur, jadi aku tak rasa meriah buka puasa tu. BTW, memang banyak giler pilihan makanan, sampai aku rasa nak pecah perut. Padahal aku makan sikit je. Gatah lauk ok! Nasi langsung aku tak sentuh. Dessert tak sempat nak amik sebab aku dah kenyang tahap gaban. 

Ok, nanti aku story lagi ek.... aku nak buat kerja sikit... Tata