Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday

















Monday, June 13, 2011

Olive

Berkenan sangat2 dekat kain ni....


http://saphyrafashion.weebly.com/index.html

Tak sabar nak hantar dekat tailor.










Lagi 4 bulan....

Ticker aku dah kasi reminder via email. 5 months to go to my BIG DAY. Kalau mengikut perkiraan secara manual, bulan JUNE dan NOVEMBER dah tak boleh diambil kira. Jadi tinggal bulan Jul, Aug, Sept dan Oct = 4 bulan je lagi. Kecoh kan! Lantaklah.... Tapi sekarang ni, aku tengah nak melengkapkan barang2 hantaran. Nak cari baju untuk si dia & al-quran. Aku nye tinggal telekung je. Kalau boleh nak lengkapkan semua barang hantaran dalam bulan ni juga sebab aku nak fokus pada benda lain iaitu MY BEDROOM! Ibu aku dah bising tanya bila aku nak kemas buku2 aku tu. Adoi kemalasan melanda diri. Sebab kalau dah start, memang tak leh stop! Baju2 pun sikit2 aku dah 'terpaksa' let go. Bukan sebab tak muat, tapi sebab aku dah bosan tengok baju2 tu. Nak tunggu adik aku si hot tu besar, silap haribulan baju tu kena gigit tikus kot! Time dia nak pakai nanti, berlubang2! ha3

Nasib baik bilik aku dah dicat masa tahun lepas masa adik aku nak kahwin. Entah, dia yang nak kahwin, bilik aku lak yang cantik! ha3 Silap2 aku kena cat balik kot bilik tu sebab aku nak beli perabot baru tema ala2 english, perabot warna putih yang ada stencil bunga2 ros kat bucu2 perabut. Entah lah tengoklah kalo aku RAJIN.

Oh terlupa, kad jemputan. Belum finalize lagi. Plan by end of this month kena selesaikan. Sebab aku nak bawa balik kampung kad2 tu nanti. Next month dah set appointment untuk HIV dan nak pergi kedai kain dengan MUA. No mater what, before puasa semua kena selesai benda2 ni. Oh termasuk nak hantar tailor kain nikah aku. Baju nikah si dia dah siap dah.

Hujung minggu ni ada appointment dengan katering service. Kalau tiada aral melintang, insya allah, aku amik katerer ni. Nantilah aku beritahu siapa.

Ekceli, aku nak beritahu aku ada lagu baru ni, sedap ok! Mentang2 dah nak kahwin. Zetty, ko suka tak lagu ni?
















Majlis Perkahwinan

Entry khas untuk weding reception yang aku attend sepanjang cuti sekolah. Ter-miss 2 wedding masa last week tapi ditebus balik dengan menghadiri beberapa majlis dalam tempoh satu hari.

Bermula pada 5 June. Wedding Kak Rasilah dekat Bandar Tun Razak, senior masa diploma dulu. Dah dia personally jemput aku, insya allah, aku cuba menghadirkan diri. Tiada aral melintang, jadi pergilah aku ke sana bertemu geng2 senior....



Emak2 orang kecuali aku! ha3

Lepas peluk cium, berlari pula kami ke wedding insurance agent aku, En Zai di rumah pengantin perempuan di Desa Pandan.

Candid. 

Hari Sabtu lepas, 11 June 2011, kitorg pergi ke Tanjung Karang, wedding cikgu sekolah menengah aku, Cik Nor Lezah.



Kepada Kak Ajan dan Eli, maaf aku tak dapat hadir masa wedding korang tu. Kepada semuanya, Tahniah dan semoga berkekalan ke akhir hayat!.






Wednesday, June 8, 2011

Alfatihah

Aku terima sms pagi tadi dari Wina. Dia beritahu papa Atie meninggal dunia pagi tadi. Kebetulan kazen Atie sms aku gak. Minta alternate number sebab call2 Atie tak dapat. Allahyarham Uncle sudah dikebumikan pagi ni. I am visiting her afterwards with Amy.

Knowing Atie since Form 4, we are very close until today. Susah senang kami bersama. Aku dengan dia ni memang macam isi dan kuku. Mama Atie tu macam mak aku sendiri. Papa Atie tu aku takut sikit.ha3 Sebab arwah papa dia jarang senyum dan kelihatan garang. Tapi bila dah dewasa ni, bila aku kerap kali ke rumah Atie, arwah uncle nampak friendly.

Sejak bersara, kesihatan arwah uncle jatuh mendadak. Macam2 penyakit ada. Mula2 dulu arwah uncle ada sakit buah pinggang. Sampai ke akhir hayat, arwah uncle buat dialisis air dekat rumah je. Rumah Aite tu dah macam hospital. Bau pun bau hospital. Mama Atie yang buatkan semua tu untuk Arwah Uncle. Aku tengok mesin2 tu pun aku dah kecut bontot! Tu pasal aku tak leh jadi doktor. Tengok darah pun berpinar kepala. Ni kan nak cucuk2 orang! Silap2 aku yang pengsan!


Semoga roh Allahyarham Uncle Mohd Azman ditempatkan dikalangan orang beriman. 

Alfatihah.......










Monday, June 6, 2011

Till death do us apart....

Masa aku attend kursus kahwin berbulan2 lepas, ustaz tu cakap, bila kite ucapkan tahniah kat kawan2 yang berkahwin, kita harus ucapkan 'Semoga berkekalan ke akhir hayat'. Bukan 'semoga berkekalan ke anak cucu'. Yelah, segala ucapan kite tu kan satu doa. Kalau kite ucapkan ...berkekalan sehingga ke anak cucu,  kite doa jodoh dia sampai anak cucu! Tu pasal kita ucapkan...sehingga akhir hayat. Insya allah, jodoh pertemuan ke akhir hayat. Semua jemputan yang ucap benda yang sama, insya allah tak mustahil kan.

Sejak nak mendirikan rumah bertangga ni, memang rasa macam entahlah. Tak dapat diucapkan dengan kata2. Tapi aku tawakal je. Berdoa semoga dipermudahkan segala urusan perkahwinan. So far, tiada masalah2 besar sampai nak tarik2 muka semua. Dah dewasa beb. Tak kuasa eh nak gaduh2 benda kecil2. Banyak lagi benda nak fokus. Dengan keluarga pun MAKIN rapat. Aku pun rajin je 'lekat' kat rumah. Buat kek lah, masak2lah... Yelah kan, nanti dah berkahwin tak dapatlah aku nak 24jam bawah ketiak family aku. FAMILY ok! Byanak betul KETIAK! ha3

Pagi tadi aku terima satu bungkusan dari boss aku.


Cute kan. Dia tahu aku dah nak kahwin. Dia pun siap bincang dengan aku nanti nak beli rumah ke nak sewa dulu ke. Dia nasihatkan aku sewa dulu. duduk lah apartment ke condo ke. Tak payah rumah besar2. Susah nak kemas--tu dia yang cakap. Aku pun setuju dengan dia. ha3. Cari rumah yang betul2 sesuai untuk ko 'mengawan' ni bak kate kawan aku.

So tadi aku mms lah si dia.

Aku: will you be able to carry me later on?

Si dia jawab: ha?

aku: boleh ke angkat i?

si dia: WHEEL CHAIR ada kan?

Korang tak gelak takpe....





Wednesday, June 1, 2011

Saudara Mara

Cerita sekitar March semasa uncle aku kahwin







the last moyang (belah nenek belah ibu)


it's a SPARKLING juice

It was fun! Never had so much fun seeing ALL relative near & far gathered at the wedding. The best part semua anak2 buah excited giler. Sepanjang minggu dok sebut2 pasal wedding uncle afdal. (I called him abang sebab apa tak tahu)

The best part was masa hari nikah & sanding, semua orang sedondon! Tu yang nampak muafakat! ha3 Thanks to my nenek & atuk sedara for sponsoring the kain. May Allah bless your kindness.

Sedara mara perempuan

And thanks for the partly sponsored trip to Penang too! Best giler naik bus 2 tingkat reramai. Then berhenti dekat R&R makan doghoyan. Tak tahu nak describe macam mana. Tapi memang fun ok! Semua sedara mara belah atuk happening giler! Bila makan, siap passing makanan dari depan bus ke belakang bus even belah bawah pun dapat! Oh lupa nak mentioned kitorg naik bus 2 tingkat! Best part lagi, dalam bus tu adalah few orang2 tua, yang kerap nak terkucil kan. So asal berhenti je kat mana2, kalau sorang beli ice cream (contoh) pasti yang lain pun membeli. Entahlah nak cakap macam ne. Tapi memang best feeling bila berjalan2 dengan sedara mara BESAR!

Entah bila lah pula dapat rasa lagi keadaan macam tu eh.