Thursday, May 26, 2011

dot dot dot

Seminggu tak update apa2. Kira ok lagilah bulan April-May ni ada entry. Kalo dulu, tak de makna nya bila tengah sibuk closing. Lately aku SSANGAT sibuk. Menyesal tak sudah 3 companies bawah jagaan aku kena audit serentak. On top of that, foreign subsidiary aku yang telah di audit, ada pula queries and at the same time aku nak kena buat estimated income tax. Untuk tambah lagi 'warna' dalam kesibukkan tu, sistem project company pun nak kena testing. Lepas tu nak kena plan company trip! Sampai satu tahap aku ada insomnia, aku letih dan penat tapi aku tak mampu nak tido. Teringat zaman aku jadi auditor. Tiap2 malam aku mimpi aku dah settlekan outstanding. Kalo dah tahap sampai mimpi pasal kerja, aku decided untuk resigned dari jadi auditor. 
Sebulan ni memang setiap hari aku balik pukul 8 mlm, even termasuk hari JUMAAT. Sabtu pun kerja tapi tengok keadaan. 

Jadi bila lately pun aku mengalami keadaan yang sama semasa jadi auditor, aku jadi takut. Adakah aku perlu tukar kerja lain? Ke aku ni kurang organized? Tulah... aku pun tak jumpa jawapan. Menambah lagi keletihan otak apabila boss aku suka ikut cara2 dia bila nak present accounts. Memandangkan aku ni diperli sebagai 'chartered accountant yang tak pernah kasi advise kat bosses' kekadang tu bikin hati aku geram. Ni sekarang bila aku tak setuju dengan permintaan diorg, aku TERPAKSA refer balik dekat standards dan aku akan memberi hujah untuk menegakkan kebenaran. Ini terjadi bila bosses kite pun bukan accountant dan aku ni kekadang jadi clueless nak accomodate diorg punya request. Tapi bagus gak, bila berhujah menunjukkan aku ni 'not bad at all' with my FRS (ni accounting standards lah). 

Ada banyak yang tertunggak aku nak update, tapi tiada kelapangan. Aku rasa IE aku ni dah tak kasi aku buka blog kot. Dah berapa kali aku cuba log in, tapi tak boleh masuk blogspot. Aku kena use cara panjang, iaitu pergi google type blogger, click kat link then baru leh masuk. Mula2 aku ingat blog aku kena blocked!

Oh update sikit pasal wed.prep. Basically, barang2 hantaran dah 80% beli. Nanti nak finalized agreement dengan MUA & photographer. Lepas tu tunggu caterer call untuk set appointment and food testing. Hujung minggu ni nak pergi beli kain/baju2 untuk family aku. Belum finalized door gift sebab macam ramai nak sponsor tapi aku segan nak confirm. Ni minggu ni sampai minggu depan ada PROMOSI KERJA KAHWIN dekat Kompleks Kraf Jalan Conlay, akan aku heret ibu dan bakal suami ke sana sebab nak tengok manalah tahu ada good bargain. Kad pun belum finalized lagi. HIV test amik before puasa. Apa lagi? Entah! ha3

Till then....

Wednesday, May 18, 2011

McD: Buy 1 Free 1 valid for TODAY only!



Nah free voucher untuk korang semua. Panjang giler queue kat McD. Biasalah good bargain. I will get mine afterwards! 

Monday, May 16, 2011

Komen

Kan awal bulan hari tu aku fly ke Singapore atas urusan kerja. 4 hari lah aku kat sana. Tensi, aku ingat nak stay over the weekend, tapi boss lak sibuk nak ikut aku balik. jadi cancel lah plan tu. Pengalaman setiap kali aku naik  FireFly memang tak pernah nya manis. Selalu je delay. Tak pernah ON TIME! Dah biasa dah. Memang aku expected pasti delay pada kali ni. ha3 betul! Memang masin mulut.

Masa fly balik pun flight aku delay 1 jam. mmm entah! No comment. Tapi masa dalam flight (aku bayar seat aku), I was given an iPod to answer some questionnaire. Apa lagi, ada satu part untuk comment, aku comment baik punya!


Bukan menghentam tapi aku rasa sebab ramai orang yang naik FF ni lagi2 professional yang terpaksa lari2 ke Singapore dan sebagainya... You know time is precious. Kalau tak cukup kakitangan, jangan lah buat flight tu terlampau kerap. Aku pun tak sakit hati kalau pilih flight pukul 9am tapi ditunda ke 12pm, atau pilih flight pukul 11am tapi ditunda pukul 12pm atau pilih flight pukul 7am tapi ditunda ke 720am. Gitulah..... Melalui pengalaman ye!






Saturday, May 14, 2011

P.a.n.i.k


Panik giler semalam aku tak leh log in into my blog. Aku ingat blog aku kena hack or something... Beria semalam dok berapa kali aku try nak log in sebab nak update blog. Bila hari ni check, blog sudah kembali pulih...Tapi aku tak ingat apa benda sebenarnya aku nak tulis! ha3 Entry2 aku nak update semua ada dalam thumb drive, tertinggal kat office lah pulak! Tak pelah. Bila senang aku update lagi lah!

Sapa2 kaki shopping, SOGO ada members' day sale. Pergilah..Aku dah pergi tengok2 je tapi ada dalh grab 2 helai t-shirt. Murah giler! Macam 3 helai 10 ringgit gitu. Tapi tak lah kat sale tu ada offer macam tu. ha3


p/s: hari ni aku tgk citer The Secret Garden....



















Thursday, May 12, 2011

Thankful Thursday

Tak de pun orang buat entry pasal Thursday. Selalu kat dashboard aku, ramai orang update blog title WORDLESS WEDNESDAY. Di sini, aku nak create fenomena. Tapi tak tahu lah ada ke orang akan ikut. ha3 macam glemer lak aku ni

What a terrific day. Cuaca kat luar macam mendung2. 2-3 hari ni kan panas terik berbahang. Harap2 hujan. Jerebu dah kembali. Oh... harap2 sistem imunisasi badan aku ni kebal lah. Sakit pada waktu jerebu memang susah nak baik. Lagi2 aku harap sangat tak kena migraine! Hari ni aku dan officemate semua nak buat jahat. Bosses semua tak de, jadi kami nak balik pukul 5.30. ha3 Tak tahulah jadi ke tak. Selalunya kalau nak buat benda jahat ni, memang tak pernah jadi. ha3 Last week pada hari ini aku ada kat Singapore. Masa tu waktu macam ni juga, hujan lebat! 

Ni aku nak blog pasal aku main masak2. Mula2 buat Chicken Pie dan aku cuba buat Muffin ala Bai Roti. Sejak2 ni passion nak cuba2 buat kek/resipi memang membuak2. Cuma Vitamin M je yang selalu menyelubungi diri dan kekadang $$ tak cukup nak beli bahan2 yang begitu exotik! ha2 Tapi yang kelakar nya, aku tak master chef lagi untuk memasak lauk2 untuk kasi bakal suami aku makan. Aku pun macam dah lama tak masak lauk2 ni. Takat goreng ikan/ayam tu biasa jelah nak kasi adik2 aku makan. Nanti dah kahwin, aku gerenti laki aku akan makan kat rumah mama sebelum pulang ke rumah kalo cenggini gaya aku masak! ha3 Takkan aku nak buat kek setiap hari kot! ha3

Tapi minta maaf lah chicken pie aku hangus. Masa tu Ibu baru je beli oven baru! Kalau ikut resipi kena bakar selama 10min, aku tgk pie aku mcm tak kembang lagi. Jadi aku tambah lagi 10 min. Sekali hamik ko! Hangus! ha2 Nasib baik rumah aku tak de smoke detector. Mau taknya berbunyi alarm sebab ada asap kat dapur! ha3


Masa ni testing bakar 3 dulu. Ni tak cukup pastry sebab original recipe tak pakai foil tu. Aku lenyek2 pastry, tapi tak nak lekat. Jadi aku bantai jelah buat macam2 pattern! 

Bahan2

Last batch.
Nilah Chicken Pie yang hangus tu sampai berasap dapur! 

Kali ni aku cuba buat muffin lak. Kelakar! Sebab muffin aku sangat cute!


Batch pertama...Yang ni without chocolate chips.

This is the few final batches. With Chocolate chips. Much better!
Nak lah kasi si dia sikit. Tapi tak sempat sejuk, semua dah dibaham! Penat tol kalau macam ni. Tak leh berniaga tau! Tak sempat nak jual dha masuk mulut! Btw, komen2 dari juri2 (adik2 aku lah) semua cakap sedap! Jadi boleh lah aku buat lagi! 


Wednesday, May 11, 2011

Happy Mother's Day

It's not too late to blog about this. Semua orang kat dalam FB started wishing on Saturday. Aku macam pelik lah... Bukan Mother's Day on Sunday ke. Aku siap tanya ibu lagi. ha3... Aku tak sempat nak beli apa2. Aku nak masakkan untuk Ibu, tapi aku tak jumpa ayam lak dekat Sg Buloh. So hold dulu lah segala bahan aku dah beli tu. Mungkin minggu ni kot kalau aku pergi Tesco/Giant.

Ahad pergi jumpa nenek dekat Maluri. Nenek masak special. Rupanya ada sedara mara dari kampung datang. Lepas makan masakan nenek (rugi ooo kalau tak makan), aku ajak ibu pergi JJ Maluri. Sebab aku nak beli hadiah dekat BodyShop. Aku saje je berpisah dengan Ibu, entah macam ne, adik aku yang Hot tu, ternampak aku kat BodyShop. Cet betul! Aku siap 'halau' ibu sebab aku nak pilih gift untuk dia. Terpaksalah beri hint karang terasa lak Ibu.

Kali ni aku beli 2 hadiah. Satu untuk Ibu, lagi satu untuk bakal MIL. Aku tanya bakal adik2 ipar aku, semua tak tahu apa mama suka. ha2. Aku gamble beli perfume. Satu untuk Ibu, satu untuk mama. Harap2 Ibu n mama sukalah...

Untuk Ibu.
Pearl earing tu nenek kasi kat Ibu.
Ada lagi hadiah  adik Hot aku buat, tapi aku lupa nak ambil gambar

Untuk Mama




Friday, May 6, 2011

Back to KL!

Sorry for the lack updates. baru tak lah baru pun adalah dalam 2 jam setengah je touch down dari kota singa  sekarang kat office sebab kejap lagi ada meeting. aku tak tahu nak start kerja mana satu ni. pening ok! tak cukup tido. biasalah aku ni kalo mengembara eceh memang cepat restless sebab susah nak sesuaikan diri dekat tempat baru. 4 hari pun masih belum boleh adapt pada surroundings.
Oklah..nak get ready untuk kena hentam, dihentam dan terhentam.

p/s: stress!
p/s/s: wah ada benda baru eh kat blog layout ni....