Friday, May 6, 2011

Back to KL!

Sorry for the lack updates. baru tak lah baru pun adalah dalam 2 jam setengah je touch down dari kota singa  sekarang kat office sebab kejap lagi ada meeting. aku tak tahu nak start kerja mana satu ni. pening ok! tak cukup tido. biasalah aku ni kalo mengembara eceh memang cepat restless sebab susah nak sesuaikan diri dekat tempat baru. 4 hari pun masih belum boleh adapt pada surroundings.
Oklah..nak get ready untuk kena hentam, dihentam dan terhentam.

p/s: stress!
p/s/s: wah ada benda baru eh kat blog layout ni....

Thursday, April 28, 2011

Sambungan

Masih kat office... Tunggu maghrib baru aku balik. Malas lah nak balik sekrang. JEM! Tengah2 buat backup, aku ternampak thumb drive masih kat USB port. mmm update blog lah. Tengok2 album, mana2 entry yang link2 tapi tak update lagi... Banyak rupanya. I still remembered gambar pergi holiday ke Tioman tahun lepas pun tak update lagi! ha3

Rentetan dari entry ini. Masih ingat gambar ini?

Agaknya kalau bakal mak mertua tengok, mau pengsan kot.

Well, semua ni tipu je. Actually 4 orang punya barang semua disangkut kat bahu aku, untuk diupload dalam FB.


Nilah 4 orang tu. Aku, Man, Z & Fendi.

Penyakit yang tak boleh diubati
Dalam banyak2 barang tu, ada satu barang kami beli kan untuk Bob. Dia ni sahabat kami yang bekerja di Dubai.


Kami ber-4 share untuk belikan hadiah ni. Sebab Bob ni setiap kali dia balik cuti 2 minggu, pasti akan belanja kami semua makan dan bersuka ria. Tapi kali ni dia balik, aku dan man tak dapat join sebab kami masa tu tengah sibuk kat studio amik gambar pasal PB.



Whenever I miss you, stars will fall down from the sky. So one day if you find the sky empty, don't blame me! It's because you made me  miss you so much!!!

Bagus ayat2 dalam kad ni. Tu pasal kami beli dan kasi kat dia....

3 jam sebelum bob berangkat pulang ke Dubai, kami kasi hadiah tu kat dia.

Delicious, Mid Valley
Bob: tengok Menu, Jabo: Botak
Budak tua excited dapat hadiah
Excited terus pakai 2 jam!

Tapi waktu tu kami dapat spend time sekejap je, jadi kami semua berpakat pergi send bob check in dekat KL Sentral. Biasalah bob ni tok karut. Kami suka dengar cerita2 dia sepanjang kat Dubai.


Bye BOB! Jumpa lagi!



Tu baru part 1. Part 2 lak, hadiah Fendi. Ok lama giler aku simpan hadiah dia ni. Rasa nak pakai pun ada ok! Adalah dalam 3 minggu, terperap kat bucu katil. Jadi aku sendiri send hadiah tu kat dia masa birthday dia. Kecoh tau mamat tu! Ada ke kawan dia berkenan kat beg tu, dia kutuk kaw2 kate tak sesuailah, besar lah itu lah inilah, padahal dia dah pilih dulu hadiah dia iaitu beg yang kawan dia suka. hadiah Fendi ni pun sharing between aku, man dan zarina.

Buat2 terkejut, padahal dia yang pilih!

Besar ok beg ni, bukan saja leh taruk barang2 baby, baby pun ko leh taruk tau! Tak lemas lah... Rupanya aku tak de gambar dia pakai beg ni. Nantilah aku amik bila jumpa dia. Kalo bab posing, dia memang suka je....





Enhanced by Zemanta

No Description













Wednesday, April 27, 2011

Adik Borek


 Ini adik aku, nama dia Nad. Beza umur aku dengan dia adalah 17thn. Ibu lahirkan dia masa aku Form5! The only sister I have and the youngest children in the family. Nad ni HOT! Dia yang gelar diri dia HOT. Aku pun tak tahu napa. Tanya lah budak gigi besi. Suka kacau dia kat FB tulis 'awak HOT!'. Dia suka barang2 jenama Girls. Dia ada banyak koleksi barang2 Girls yang semuanya warna pink. Sapa lagi yang tukang membeli kalau bukan kaklong dia yang kejam ni. Lagi satu, dia suka kasut2 aku. Bukan yang heels tapi yang flat nye. Tempoh hari aku beli kan dia sepasang, warna fink rofol2... Amboi Leha, memang ko hot. Pergi kelas tambahan pun pakai kasut tu, match kan sekali dengan beg Girls fink.

Nad ni beria nak duduk sebilik dengan aku. Tapi aku tak nak. Aku cakap tunggu aku kahwin nanti baru dia leh dapat bilik aku! ha3 Ada ke dia cakap dekat Ibu, suruh cat bilik aku warna pink sebab dia nak pindah situ? Manyak chantek muka ko!

Koranglah jadi saksi.. Tengok je gambar ni. Yang antena & misai A. Galak tu aku yang lukis. Yang lain2 tu, dia yang edit sendiri. Aku cilok gambar dia kat FB. Sebab aku memang nak menulis pasal si Hot ni. Ada ke patut dia send aku email kat fb cenggini.....

Click kasi besar arrrr.


Nadiah Rais 27 April at 13:17 Report
Pemilihan sekolah !

pemilihan 1 - SMKBRP
pemilihan 2 - eLc school (Sierramas)
pemilihan 3 - x yah skolah !








Korang tengok tu. Pemilihan 3 dia, tak payah sekolah. Amboi Leha, baru 12 tahun dan macam ni. Aku memang selalu warning dia, ko jangan nak gedik2 ngada eh. Lempang kang! (ni sekadar ayat tegasan, tapi bukan nya tampar betul2 pun)

()&(^&^$%#



Subjektif & Objektif

Hari ni kita belajar mengenai maksud subjektif. Apa itu subjektif? Kalau dulu masa kita periksa, pasti ada satu bahagian soalan subjektif. Lagi2 subjek sejarah, mesti ada bahagian subjektif. Kalau ditanya soalan sejarah sebagai contoh:

Jelaskan disebalik dasar peluasan wilayah oleh Sultan Mansur Syah.

Apa korang nak jawab? Adakah menjawab mengikut fakta2 atau mengikut pendapat anda? Dah kata soalan subjektif kan. Kalau ikut pendapat kita yang bernas, dapat markah tak agaknya2 nya?

Kalau soalan subjektif ditanya pada subjek Bahasa Melayu pula, contoh:

Sila bincangkan faktor-faktor untuk menjana ekonomi negara.

Ha... jawablah... Adakah mengikut pendapat atau faktor2 yang nyata?

Susahkan juga sebenarnya SUBJEKTIF ni. Maksud SUBJEKTIF ni pun sangat kompleks... Maksud yang paling mudah difahami adalah 'pendapat sendiri'. Tapi adakah soalan subjektif di dalam subjek Sejarah boleh diterima pakai sekiranya aku menjawab mengikut penadapat aku sendiri? Ha..pening kan.....

Aku bukan nak bincang pasal subjek Sejarah mahupun Bahasa Melayu. Tetapi kata kunci di sini adalah perkataan SUBJEKTIF. Banyak benda yang berlaku disekeliling kita yang begitu subjektif dan sekiranya di mahkamah, agak2 berapa kali peguam pihak lawan akan menyebut, "Saya Bangkang, Yang Arif" dengan begitu emosi sekali..

Google Image
Scenarios yang kerap terjadi:
Dialog 1:
A: Sedap makanan ni....
B: Mana ada, dah lah tawar, pedas dan tempat ni panaslah.

Dialog 2:
C: I think she is beautiful.
D: Ha? I don't think so!

Dialog 3:
E: You've working here for 5 years already, you must be liking the company so much.
F: I stayed because of the good pay & extremely huge BONUS.
----------

Dalam sedar mahupun tak sudar, memang inilah hakikat. Orang kate begini, ko jawab begitu. Tulah subjektif. Kalau aku kate macam ni, ko kate macam tu. Memang lah subjektif. Rambut sama hitam, tapi hati lain2. Tak semesti nya, kita mempunyai pendapat yang sama.

Tapi tak semestinya bila kita tak mempunyai pendapat yang sama, kita harus bergaduh untuk menegakkan pendapat kita. Janganlah jadi bodoh, semata2 nak pilih cadar, isteri suka cadar ropol2, laki lak suka cadar plain, ko sampai nak merajuk, bermasam muka atau sampai nak cerai berai sebab mempunyai pendapat yang berbeza dalam banyak hal. Adoi!

Google Image
Bila kita mempunyai pendapat yang berbeza, apa yang korang lakukan untuk menyuarakan yang itulah pendapat kita. Bergaduh? Protes? Mencari orang2 yang sependapat dengan kita? Tak yah lah begitu extrem. Setakat kita meghormati pendapat orang tu sudah. Kita ada pendapat kita, dia ada pendapat dia. Nak buat pe pening2 kepala, dok risau kenapa dia cakap cantik, aku cakap tak cantik. Kan?

Google Image

Jadi objektifnya disini, ingin aku tekankan bahawasanya benda yang subjektif itu adalah sangat subjektif sehingga setiap individu yang bersubjektif itu mempunyai objektif yang berbeza.



Tuesday, April 26, 2011

Aiman-Big Apple-Passport

Ye...cerpen bersiri 3 dalam satu. tajuk buku bila ilham datang dari naimatul rais.

Cerpen pertama - Aiman tak kisah

Ni cerita pasal aiman. Aiman ni anak kepada my bestie cum wedding planner, ammy mulia. Aiman anak kedua. kakak aiman, balqis kenal aku sebagai auntie ima. asal aku datang je, balqis akan panggil aku mcm parrot baru belajar cakap. lepas tu balqis ni kekadang confuse, dia akan panggil aku kakak! ai terasa muda seketika. ha3

Bila aiman lahir, balqis sedikit merajuk. yelah sebab mama & baba ada anak baru. kelakar. bila aku ugut nak bawa balik aiman, dia tak kasi. masa mula2 aku tengok aiman dalam buai dan nak pegang aiman, balqis marah. cet!

Lately aku kerap lepak rumah ammy bila bosan atau bila hairy ada futsal. Last week, 2 hari berturut2 aku lepak rumah ammy. ha3 sampai naik segan aku. aku turut menyumbang menjaga aiman. aiman ni suka orang 'berborak' dengan dia. letih ok nak borak dengan dia. satu perkataan je dia pandai sebut tapi boleh dipelbagaikan dengan pelbagai gaya. Paling tak tahan kalau aiman gelak. ooohh sangat cute!

Bila balik aku cite kat bakal suami. aku cakap, lenguh tangan nak dukung aiman. penat nak melayan aiman, tapi aiman sangat cute. aiman lagi suka kalau ada orang melayan dia, pengang dia, pasti dia akan gelak2 yang mencuit hati. Persamaan 2 beradik ni adalah setiap kali tengah menyusu badan, bila aku bersuara pasti mereka akan toleh cari aku! ha3 dari balqis ke aiman. sampai ditarik nya puting ammy mencari aku! ha3 sebenarnya aku excited nak ada anak sendiri. he3




Cerpen 2 - Big Apple

Ni kejadian berlaku di Terminal 3 Subang Airport. Aku ke sana sebab masa aku lawat website imigresen, katenya ada cawangan di Terminal 3. Sampai ke sana aku pergi sebab aku malas nak bersesak2 di Pusat Bandar Damansara, walaupun dekat dengan aku. Sampai sana, aku tanya kaunter pertanyaan, rupanya nan ado. sudah pindah. La... tapi dalam website masih tertera cawangan ni terminal 3.


Yang paling dekat di kelana jaya. ketenya dekat glomac... nampak macam kat seberang jalan je, tapi rupanya kena masuk ldp nak ke sana....

Driver lak dah buat pusingan jadi aku kena tunggu dia. Sementara aku tunggu tu, aku beli lah setengah dozen donut. The best part was aku dapat discount....


Airport staff discount sebab kebetulan aku tengah pakai office tag aku! ha3 Kelakar. Aku macam terkejut siap minta resit asal murah sangat. Apa2 pun terima kasih lah ye....


Cerpen 3 - Passport

jadi bila driver sampai aku ajak dia cari jabatan imigresen cawangan subang...Rupanya kena keluar ldp menghala ke Damansara masuk kat kiri opposite Yamaha Music dekat shell! Kalau dari NKVE exit Subang tu nampak macam dekat sebelah je! Sebab tak tahu kan. Sangat berpuas hati sebab TAK RAMAI ORANG! Masih kena menunggu sejam untuk ambil passport yang sudah siap. But actually tak sampai sejam pun. Aku masukkan resit dalam kotak before 1 hour processing. Memang dah siap lama!



Baru & Lama


Baru-menyesal kasi gambar ni...GELAP jadinya!

I prefer the old photo!


Monday, April 25, 2011

Too many words

lama menyepi. kesibukan. bila tiba bulan april, aku kerja bagai sotong kurita atau lari tak cukup tanah. sebab tengah year end-closing accountssss. plural. ada banyak ok! minggu depan aku fly pergi kota aummmm singa sebab auditor nak conduct audit kat office sana.

tadi aku ada update blog pasal aku suka lagu I DO. aku sukerrrrrrrrr sangat. mmmm dah lama tak pergi test suara. tengok lah kalau ada masa. selalunya memang tak de masa. ha3

wei, kekecewaan berlaku bila aku dapat tahu prince william dah nak kahwin. nasib baik aku pun dah berpunya, so tak lah frust tertonggek mengenangkan cinta tak berbalas. ha3 aku ingat lagi masa sekolah2 dulu, ramai budak pompuan suka sangat dengan prince william ni. aku masih ingat, masa tu umur aku 14tahun,  internet baru diperkenalkan, masa tu kan pakai dial up 1515, asal ko online je, phone rumah engage! ha3. dulu tak de google. yang aku tahu, ada search engine ni, selalu aku pakai, selalu search pasal prince william. hahahaha, siap print gambar si putera raja tu then balut buku selit kan lah gambar crush aku ni! ha3. bila cikgu bosan je mengajar, aku dok tenung koleksi gambar2 si putera raja tu kat cover buku aku.

apa je majalah ada pasal si will pasti aku beli. ada poster lagi aku suka! ha3. korang mesti fikir aku tampal poster kat bilik kan? oh tidak. aku simpan ok. tengok tiap2 hari bosan. so bila windu je, buka majalah tu, belek muka si kacak. ha3senget betul aku masa tu. lagi best masa mak si will ni meninggal. aku dengan ibu dok depan tv (masa tu kami subscribe mega tv) tengok upacara pengkebumian princess di. the best part siap ada linangan air mata ok! dari zohor sampai nak ke maghrib upacara tu! asal break je, cepat2 lah buat apa yang patut! masa tu aku n ibu je conquer tv! tak leh tukar channel langsung! ha3

wedding si will jumaat ni. tension. macam ne nak tengok. aku kat office. memang office tak restrict mana2 website kitorg nak masuk, tapi aku macam segan lah pulak. tengoklah mood boss aku. kalo angin monsun ok, boleh lah aku tengok. kalo tak, idok lah berani aku nak tengok.

eh jap, aku sebenarnya lupa nak cecite pasal apa..... oh ye. 
dah ingat. 
yang atas ni mukadimah je. 
tujuan sebenar aku tulis ni sekadar peringatan. 
.
.
.
.
.
.
wei korang dah file income tax lom!?

ingat dateline 30/4/2011. 
sesiapa nak buat online, yang tak de no. pin, just call them up! even though dalam website cakap last date 20/4/2011 untuk dapatkan nombor pin. 
buat thru online sangat mudah ok! 

tuan punya badan dah submit dah. tengah tunggu refund je!