Monday, April 25, 2011

I do

I like this song sooooo MUCH!


I Do lyrics



Tuesday, April 12, 2011

Mak Andam ku....

Tahniah diucapkan kepada my official MUA & photographer. Mereka bernikah pada 8/4/2011. Senang jadi mak andam ni, masa hari nikah pun make up sendiri. Kan dah jimat duit. Photographer pun untung. Minta tolong team!

Kak Ayu, saya doakan semoga jodoh Kak Ayu berkekalan sehingga ke ahir hayat... Amin.

Gift: Sekuntum Mawar Merah dari Pengantin. 

Pengantin tengah bungkus makanan. Nasib baik tak kena cuci periuk! 




Free from McD

Dari bulan lepas McD asyik buat promotion. Last month kena belanja RM4++ dapat 2 big breakfast for free. This month lak Free Sausage McMuffin with Egg. Tak payah beli apa2, just tunjuk kupon, terus dapat free. Hari ni, aku dan assistant pergi menghabiskan semua kupon tu. Aku 4, dia 4.



Selamat menjamu selera...


Friday, April 8, 2011

Only for B2B

To B2B, mungkin nak mencuba nasib masuk "Dream Weddings" contest anjuran The Saujana Hotel. Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan!

1st prize: Win an intimate "Dream Wedding" reception at The Saujana Hotel Kuala Lumpur.
2nd prize: 2day/1night "Celebration Package" at The Club at The Saujana - perfect for the honeymoon.
3rd prize: The ultimate proposal - A romantic dinner at "The Restaurant' complemented with a glass of champagne.

How to enter? Fill up the entry form and describe your dream wedding in 25 words or less. Attach with a 4R picture of you & your partner dreaming of a "Dream Wedding"

Amacam? Menarik kan? I nak mencuba nasib. Manalah tahu rezeki. Boleh lah buat wedding ala artist gitu!

Eh lupa nak provide link....click weddingsmalaysia website, click The Saujana Dream Weddings Contest 1 April to 31 May 2011.






Bila mata menjadi rambang

Orang yang tamak selalu rugi.

Eeeiii mau tak geram! 
Aku ingat tulah kain paling cantik, ghopenya ada lagi CANTIK!!!!!!!!!!! ha3 okok.
 Bawa bertenang. 
Kain nikah aku dah beli. Jadi ni buat tatapan jelah.... 

Serious memang cantik!





Kenapa! Kenapa! 
Tapi tak pelah. 
Kain aku pilih tu pun cantik gak!

Tolong lah, *pujuk hati sendiri*

Ko hengat banyak2 labuci tu senang ke nak potong kain. 
Silap potong, habis semua! 
 Kain banyak labuci tu lagi mahal wei! 


Oh sambil menyelam minum air. Kalau korang berkenan kain2 dari India atau Pakistan, cari Gloria Mack kat FB. Cakap korang ni kawan aku.

Pose: Termenung!




Enhanced by Zemanta

Wednesday, April 6, 2011

Putting my dreams into reality

Lama tak cite pasal Wedding kita kan. Sebab tak de mood uols sebab I tak dapat kahwin kat dewan! ha3 Seminggu pujuk hati sebab tarikh yang kita plan nak nikah tu, SEMUA dewan PENUH! Dewan yang tak penuh hanyalah di hotel2 yang akan charge RM100 per pax. Gilos! Kaum kerabat ramai uols! Dari kampung sehinggalah ke bandar, dari Utara sehingga ke Selatan dan timur ke barat. Takkan aku nak belanja kahwin RM200k, tak termasuk lah khidmat MUA, photographer dan lain2.

Banyak tak puas hati dengan dewan2 ni sebenarnya. Perlu ke from head to toe sehingga ke makan semua termasuk dalam package? Aku siap cakap nak sewa dewan je pun tak boleh. Eh sepatutnya beri lah kebebasan kepada kita kan. Tulah...sebab dewan2 macam ni lah yang membuatkan aku sakit hati. Aku siap minta breakdown sebab nak tunjuk kat parents aku berapa cost semua. Tapi diorg tak leh kasi. mmm tak pelah. Selama seminggu memujuk hati, aku terima kenyataan untuk buat majlis kat rumah. Pening lain lak...

Aku kalo boleh memang tak nak buat kat rumah. Sebab aku tahu nanti aku juga yang nak kena kemas rumah. Aku tahu banyak benda nak kena kemas. Dah tentu aku akan begitu teliti sehingga ke celah2 pagar. Semua nak sempurna! Tulah payahkan. Lepas tu jemputan lak ramai, jadi aku dok risau macam ne tamu nak dok lepak, cukup ke tempat, hujan panas semua arrr! Pening ok!

Bila dah boleh terima kenyataan buat majlis dekat rumah, aku pun dah dok terfikir nak buat pelamin dekat celah dinding mana, tangga nak hias dengan scallop, bilik tidur nak hias macam ne, nak set up khemah dari simpang jalan sehingga 5-6 biji rumah dan sebagainya. Isnin lepas, aku terima panggilan telefon. Panggilan yang membuatkan aku melompat kegembiraan. Bersyukur sangat2. Sebab, dewan yang dekat perimeter rumah aku tu KOSONG! (orang yang before aku tu, back off, so I was next in line...)

Aku pun terus bersemangat! Macam2 aku nak buat! Yelah kan dah buat kat dewan, ada aircond, banyak benda nak kena rombak balik! Dari baju sehinggalah ke segalanya. Tapi dewan tu kosong bukan pada tarikh asal yang kami semua setuju. Dalam fikiran, dok terfikir macam mana nak beritahu Ibu. Korang tahu aku guna alasan apa? Aku guna alasan takut kena migraine sebab cuaca panas! ha3 Alasan ku DITERIMA PAKAI! Ibu kate ok. Tapi tanya dulu pihak lelaki macam mana. Si dia pun tanya mama and she agreed. Tapi majlis bertandang hanya akan berlangusng 2 minggu selepas majlis bersanding di pihak perempuan. Tak pelah, asalkan aku dapat pakai baju pengantin meleret 5meter kat dalam dewan! ha! (cakap2 je tau!) The best part pula, tarikh persandingan tu memang cun! Minggu deepavali, the following week, Raya haji! Giler jimat cuti aku! Dapatlah raya bersama ahli keluarga baru.

Tapi dewan tu tak lah sebesar mana tapi cukuplah untuk menampung kapasiti dan yang penting semua orang SELESA! Tadi bergegas aku pergi bayar deposit sebab memang ada orang beratur nak buat majlis pada tarikh itu juga!

Tahu tak?


Dekat dengan hutan rimba!





Enhanced by Zemanta

Tuesday, April 5, 2011

Bila perut ku buat hal....

Dah lama tak rasa perut meragam macam ni. Bukan gastrik, tapi ni lah dia baby tua alah pada susu. Actually to be exact, I am lactose intolerence. Bila minum je, pasti setengah jam lepas tu, mula lah perut mula meragam. Dari dulu aku musykil bila setiap kali minum susu, pasti perut meragam. Kalau korang nak tahu meragam macam ne, macam ko silap makan, lepas tu cirit birit tak henti2. Macam ni lah aku rasa setiap kali minum susu. Tak kira lah makan dengan Honey Star ke, cicah dengan Oreo ke, pasti perut akan meragam.

Aku perasan aku ni lactose intolerence ni dah lama. Tapi aku buat tak tahu jelah kan. Tapi macam ne lah aku nak kuatkan tulang kalau asal minum je aku tercirit. (Sejak usia dah nak menjangkau 30 ni sibuk nak minum susu) Aku pernah tanya ibu adakah aku ni ada allergy terhadap dairy product. Ibu cakap tak de. Jadi memang sahlah aku ni lactose intolerence. Aku google to find info. FYI, tu pasal aku kureng minum susu sebab masalah perut. Aku tak faham penerangan dari wikipedia. Tapi journal ni helps me alot.

Tapi kesian lak kat babies yang Milk Allergy. Kena minum soy milk. Tu lagi parah!