Sebenarnya sampai ke hari ini, aku masih tak tahu nape kawan aku ni begitu sombong dengan aku. Selama ni ko caci/hina segala pandangan aku, aku masih kawan ko. Aku nak tolong ko, tapi ko berlagak dengan aku. OK fine. Sekarang pun ko kan dah senang. Dah duit banyak aku tengok. Kalau tak dulu, selalu ko akan call aku, cerita pasal macam2. I missed it so much. Aku cuba komunikasi dengan ko, tapi ko tak pernah nak balas. FINE. Aku selalu ngadu dengan si dia, aku rindu kat anak2 ko. Melalui observation aku, anak2 ko pun dah besar.
Aku masih ingat bagaimana ko hancurkan impian aku. Ko cakap macam2 kate aku tak layak dapat chartered accountant. Aku frust giler. Sebagai kawan patutnya ko beri semangat kat aku. Ke ko cemburu kat aku sebab aku bercita2 nak apply CA?
Tak pe. FYI, aku pun dah ada CA. Aku cuma doakan semoga ko ketepikan segala ego ko tu untuk bercakap dengan aku. Serious aku tak tahu sama ada nak invite ko ke wedding aku ke tak? Aku akan cuba last attempt untuk berkomunikasi dengan ko. Kalau itu pun ko tak balas, fine. I understood!
Ni lagu khas untuk ko! Oh btw, walaupun aku kecik hati dengan ko, tapi aku masih harapkan ko tegur aku balik. Aku dah cuba banyak cara untuk bercakap dengan ko, tapi ko tak pernah layan aku. Aku dah feed up! Sekiranya memang ko dah tak nak bertegur sapa dengan aku, aku pun dah tak boleh buat apa2. Mulai detik itu, aku akan hanya menanggap ko sebagai common friend sahaja.
No comments:
Post a Comment