Friday, February 6, 2009

~cakap bahasa malaysia~


kali ni aku nak cuba tulis blog dalam bahasa malaysia sepenuhnya. maafkanlah sekiranya catitan aku kedengaran sangat pelik. spm kertas BM aku bolehlah, tapi kalo diberi ayat2 sastera, mmg hancur!

minggu ni adalah minggu yg sgt membosanakan. sbb mula keje pada hari selasa. minggu depan pun macam tu gak. bulan ni mmg byk sgt cuti umum. susah nk menyesuaikan diri sekiranya kerja pada bukan hari isnin sbb aku pasti keliru kalo nk aturkan temujanji dan sebagainya.

bonda ku sudah berlepas ke bandung hari rabu. dia pergi dgn para pekerja wanitanya. diorg ke sana tidak dirancang. mereka pergi bukan melalui agen. beli tiket, terus terbang ke sana dan carilah hotel2 yg kosong. hebat tak... percutian yg menakjubkan. org putih ckp free & easy and very the amazing race. bonda kate dia bw Rp7juta. giler seh... aku pesan borong je semua... tapi jgnlah lupa untuk i tau. haha penerbangan pulang bonda pada sabtu 12mlm. katenya akan daftar masuk ke Pan Pacific, KLIA kemudian keesokan harinya akan balik ke kampung halaman berjumpa nenda ku yg tercinta. adik perempuan aku menangis sbb tak dapat ikut bonda. ngada sungguh. smlm bonda menghubungi aku bertanya khabar. ditanya semua dlm keadaan terkawal atau tidak. aku dalam nada bergurau suka menjawab, dapur ibu dah hangus! haha

minggu ni, aku banyak membeli belah. tapi ape aku beli semua nya tak memuaskan.. aku masih tak dapat beli baju kerja dari jenama kesukaan aku. rekaan nya kali ini tidak menepati citarasa.(the executive) termasuk juga kasut kerja aku.(primavera) rupanya jualan murah kat tempat kedai kasut kegemaraan aku tu dah habis. bukan tak mampu nak beli pada harga asal, tapi sekiranya aku beli masa jualan murah, aku boleh beli 3 pasang (sama harga dgn satu pasanag kasut pada harga asal). rekaan tas tangan pun tidak begitu menarik.(emannuel) ala2 ropol gitu mcm langsir kat rumah siapa, tatau. kebanyakkan aku membeli belah untuk baju2/kasut santai atau dipakai pada hari jumaat.(vincci, zara, dan beberapa jenama di jaya jusco dan parkson) tapi aku bercadanag mahu ke bandung untuk membeli belah jenama ZARA! baju kemeja nya aku suka, tapi harga nya di sini sgt mahal.

pada hari selasa ade kelas dan hanya tiga suku saja yg dapat membuat pembentangan. kumpulan aku akan membuat pembentagan pada minggu depan sebelum ujian microsoft project. bulan ni ada 2 ujian akan berlangsung dan kelas pada hujung minggu.

kelas pada hari rabu dibatalkan sbb pensyarah tidak sihat. pada hari rabu itu juga ada jamuan tahun baru cina di the oriental bukit kiara. kali ni makanan nya tidak begitu sedap. petang tersebut aku mengahadiri taklimat di suruhanjaya sekuriti. beberapa kali aku menguap menahan ngantuk. nasib baik disediakan jamuan ringan. bergelas2 kopi aku minum.

semalam aku pergi berjumpa dgn kawan2 kerja pejabat lama. tu jelah.. tak de benda yg menarik pun. malam ni aku akan menghadiri kelas, esok pergi menyelenggara kete comel aku tu. dan mungkin sekiranya masa mengizinkan, akan pergi mengulangkaji pelajaran dan berkunjung ke rumah bobi untuk melihat anak terbarunya.


5 comments:

Arash Libra said...

mek tergelak² baca ayat bahasa malaysia ko nok!!! but gud try! eceh! :)

naimanuar said...

aku kalo bercakap pandailah nok! kalo suruh tulis, mcm haram bahasa aku. aku dulu pandai menulis... byk masuk pertandingan. cikgu aku bentuk aku untuk jadi penulis sbb aku ade kreativiti. tp sbb dh lama tak praktik kan, and aku jarang baca buku2 in malay, nilah jadinya.
malu je...

.a.s.y.i.k.i.n. said...

nok, macam baca buku sastera gitew....khehkehkhkehk!!!! gudjob bebeh!!

naimanuar said...

buku sastera budak skolah rendah. haha

Arash Libra said...

sastera i bleh k! tiber! uwekkk